Datuk Seri Najib Tun
Razak kelmarin, mencabar jika benar DAP sebuah parti pelbagai kaum, parti itu
dipelawa bertanding di kawasan Melayu.
"Anda tahu orang
Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik
tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).
"Saya setuju
dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan
jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan
beritahu anda (wajah sebenar DAP)," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan
Nasional semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di Wisma MCA,
Ahad lalu.
Dalam wawancara
Mingguan Malaysia (30 September lalu), Tunku Abdul Aziz mengaku telah melakukan
kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai parti politik apatah lagi DAP.
"SAya menyertai
DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuh parti pelbagai kaum namun sebenarnya
jauh tersasar. Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan
demokratik. Pada awalnya saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik
tetapi itu bukanlah satu kebenaran.
"Kononnya mereka
mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah
mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik
semata-mata. Apabila berdepan dengan realiti mereka tidak melakukan apa yang
dikatakan sebelum ini. Itulah parti DAP.
"Lihat sahaja
contoh Datuk Mansor (Timbalan Ketua Menteri II), kononnya kebebasan bersuara
dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang
diperkatakan," kata Tunku Aziz.
Beliau juga hakikat
sekiranya orang Melayu yang menyertai DAP merasakan parti tersebut akan membela
nasib mereka orang dan orang Melayu, mereka salah. Sehingga kini, tidak ada
bukti yang DAP telah dan akan memperjuangkan nasib orang Melayu.
Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng sehingga hari ini enggan memberi penjelasan berhubung
tindakan kerajaan DAP negeri itu tidak membelanjakan wang dalam Akaun Amanah
Perumahan Bumiputera berjumlah RM 33.36 juta.
Jika peruntukan itu
digunakan sekurang-kurangnya ada juga projek perumahan kos rendah untuk
golongan bumiputera berpendapatan rendah membelinya. Dan bukan kerajaan negeri
itu bertindak melayan pemaju untuk membina rumah mewah yang harganya jauh
daripada kemampuan bumiputera.
Melayu memang sudah
muak dengan permainan politik DAP.Beberapa Melayu dalam DAP sedar bahawa parti
politik itu hanya berminat untuk mempergunakan sentimen kemelayuan pemimpin
Melayu dalam DAP sahaja. DAP cuma mahu mempergunakan Melayu untuk memancing
undi orang Melayu.
Lebih membimbangkan
ialah sikap DAP yang anti-Islam dalam banyak pekara. Isu penghinaan pemimpin
DAP terhadap agama Islam belum ada tanda-tanda berakhir. Parti itu lupa Melayu
dan Islam sukar dipisahkan.
Dalam perjuangan DAP
tidak ada sebarang agenda Islam. Ketegasan pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa
partinya akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum hudud
jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang adalah kenyataan biadap
dan tidak menghormati perjuangan politik sekutunya- orang Melayu dalam Pas.
Sudah menjadi amalan
DAP untuk mempolitikan semua perkara tetapi tidak mungkin hal ehwal perjuangan
membina negara Islam pun DAP mahu masuk campur.Jika dilaksanakan pun, orang
bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.
"DAP sering
memperlihatkan sikap rasis dalam banyak perkara terutamanyaperkara yang
berkaitan agama dan kepercayaan. Janganlah kita terpengaruh dengan janji manis
mereka yang kononnya turut berjuang untuk Orang Melayu," kata Tunku Abdul
Aziz.
Beliau menasihatkan
orang melayu bangkit dan sedar sebelum terus dipergunakan oleh pemimpin DAP.
Hakikatnya umat Melayu perlu melihat keangkuhan serta perjuangan sebenar DAP
dan sokongan kepada parti itu wajar dihentikan.
Presiden Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini berkata,
orang Melayu dalam DAP hanya hiasan sahaja. Amalan mereka sejak dulu lagi tidak
menghormati asas perlembagaandan bersifat cauvinis serta sentiasa bermian api
bagi mengekalkan sokongan orang china.
Orang Melayu yang
masih ada dalam DAP atau penyokong parti itu perlu sedar mengenai perkara yang
diberitahu Tunku Aziz supaya kedudukan dan hak Mekayu tidak dipermainkan.
Lihatlah bagaimana
DAP dan PKR berjaya memesongkan perjuangan asal Pas untuk membina negara Islam
bertukar kepada perjuangan negara kebajikan.
Melayu dalam Pas juga
perlu sedar, sebenarnya mereka melakukan kerja sia-sia termasuk menganjurkan
Himpunan Hijau menuju ke Putrajayakerana akhirnya parti paling dominan dalam
pakatan pembangkang ialah DAP yang jelas menentang Islam. Matlamat kerjasama,
PAS Dap dan PKR hanyalah untuk mennag kerusi sahaja.
MEnurut pemerhati
politik, Datuk Hashim Suboh, politik Malasysia telah kehilangan nilai. Pemimpin
dan Parti politik semakin tidak demokratik dan menyalahgunakan demokrasi.
Sementara serangan terhadap Perlembagaan Persekutuan dilakukan secara
berterusan dan semakin malampaui batas.
"Asas kenegaraan
yang telah diinstitusikan sejak merdeka juga diserang seolah-olah kita sedang
bergelut untuk memerdekakan negara dan bukannya berada di era mengisi, memberi
makna serta mempertahankan kemerdekaan Malaysia tercinta ini.
"Sementara
semangat federalisme semakin dicerobohi, intipati utama Perlembagaan
Persekutuan yang memberikan jaminan terhadap
hak-hak setiap rakyat Persekutuan disamping memahatkan dengan jelas
kedudukan Agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu serta Bumiputera juga
tidak terlepas daripada serangan secara lansung dan tidak lansung," kata Hashim.
Beliau melihat dalam
keghairahan sama ada untuk mempertahankan atau untuk merebut kuasa, pemimpin
Melayu Islam kini sedang berebut menawarkan kompromi dengan menjadikan beberapa
paksi utama Perlembagaan Persekutuan itu sebagai barang gadaian dalam 'karnival
melelong masa depan' yang dinamakan sebagai Pilihan Raya Umum ke 13 itu.
"Komponen dan
institusi kenegaraan wajar tampil dengan tegas untuk melakarkan garis merah
supaya politik dan pertarungan politik tidak melampaui batas. Masanya sudah
terlalu hampir. Riak dan suasana sudah bergerak degan pantas ke awan hitam yang
suram dan menggetarkan itu," Kata Hashim.
Hal itu perlu diberi
perhatian. Persoalannya, beberapa tindakan pemimpin DAP telah melukakan dan
mengguris hati orang Melayu. Sampai bila orang Melayu mahu membiarkan kedudukan
bangsa melayu diperlecehkan, institusi Raja Melayu dipersoalkan dan agama rasmi
Islam termaktub dalam perlembagaan pun dihina?
Tindakan ini belum
mengambil kira peranan 'dalang' dalam kebanyakan perhimpunan haram dengan
tujuan jahat dan berbahaya kepada generasi muda Melayu. Sedar atau tidak, DAP
sering membaling batu sembunyi tangan.
Orang Melayu sudah
banyak kali beralah. Namun ucapan maaf pun sukar didengari daripada mulut
pemimpin DAP.
DAP telah pun berjaya
menyampaikan isi hati mereka. Itulah pandangan mereka terhadap orang Melayu
yang dituduh rasis.
DAP perlu diingatkan
tentang batas-batas berpolitik. Sampai bila orang Melayu dan bumiputera yang
merupakan penduduk majoriti negara ini perlu tunduk kepada penghinaan kaum
minoriti?
Berbeza sungguh di
negara lain, golongan minoriti sering dihina tetapi di Malaysia sebaliknya.
Lepas satu demi satu penghinaan terhadap orang Melayu/Islam dilakukan. yang
menghina pula terdiri dari kaum minoriti.
Sebagaimana kata
Najib, orang Melayu sudah muak. Penghinaan terhadap orang Melayu dan Islam
sudah melampau.
Sebagai penduduk
majoriti, orang Melayu dan umat Islam yang lain di negara ini perlu bersatu.
Jangan biar bangsa Melayu terus dihina dan diperkotak-katikkan.
Paling penting,
jangan biar DAP yang bersifat rasis ini menggugat kesejahteraan perpaduan dalam
kalangan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment