Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, September 14, 2012

Anwar Takut Bersumpah Punca Saman Fitnah Ditarik Balik??? @umbkl @mediaumno


Ikuti luahan terkini Saiful Bukhari berikutan Anwar menarik balik saman fitnah terhadap beliau. Adakah Anwar takut untuk mengangkat sumpah? Atau takut lebih banyak pendedahan lain lagi yang akan terungkap??
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal.

Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah “intact”.

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan.

Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat di sebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.

Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
 
 
sumber: BN4WangsaMaju

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN