Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, September 29, 2012

Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW @KhairyKJ @umbkl

Pada ketika ini sedang berlangsung Majlis Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Yayasan Al Qayyim.

Program ini diadakan di MATIC, Jalan Ampang. Antara tetamu yang hadir ialah YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Razali Ibrahim, YBhg Datuk Jamil Khir, YBhg Ustaz Asri.

Malam Cintai Rasul ini turut mendapat kerjasama daripada barisan artis-artis ternama tanahair antaranya Erma Fatima, Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Ramli Sarip dan beberapa penggiat seni lagi.

YB Khairy Jamaluddin dan YB Razali Ibrahim telah turut sama mendeklamasikan sajak di program tersebut. Pengacara program tersebut Ahmad Fedtri Yahya daripada TV3 dan Selebriti Terkenal, Wardina Safiyyah.

Semoga cinta kita terhadap Rasullullah SAW tidak setakat malam ini sahaja tetapi kekal abadi selamanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN