Petaling Jaya: Kerajaan Selangor sengaja mengelirukan
orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politik tanpa
menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis pengguna.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam
(CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata maklum balas yang beliau terima
menunjukkan kebanyakan penduduk Selangor keliru pihak mana yang betul dalam isu
berkenaan.
Tarif
air naik
Katanya, dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan,
kerajaan negeri menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu berkenaan bahawa
tarif air akan naik sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan membina
loji rawatan air Langat 2.
Jacob berkata, beliau kesal apabila mendapati beberapa
EXCO Kerajaan Selangor yang sebelum ini aktivis dalam badan bukan kerajaan
(NGO), melihat semua perkara secara negatif walaupun Kerajaan Persekutuan
berniat baik dalam rancangan untuk memperbaiki keadaan di negara ini.
“Saya terbabit dengan pelbagai NGO selama 37 tahun.
Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka
menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang
cuba dilaksanakan Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Beliau mendakwa kerajaan negeri juga menyeret isu
antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini
sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.
Tak relevan
Katanya, masa yang digunakan untuk melayan perkara
tidak relevan itu sepatutnya diguna untuk menyelesaikan krisis air yang bakal
melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kenapa kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah
mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul... ini tidak
betul. Ia membabitkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi
juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana (krisis air) akan
memberi kesan serius,” katanya.
Loji
Langat 2 perlu
Mengenai rancangan pembinaan loji rawatan air Langat 2
yang mendapat tentangan kerajaan negeri, George berkata, semua kajian pakar
menunjukkan projek itu perlu dilaksanakan segera memandangkan pengeluaran air
yang dirawat menurun dengan ketara walaupun 34 loji sedia ada di Selangor
beroperasi pada tahap maksimum.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri sekali lagi
mengelirukan pengguna apabila berkata semua kawasan takungan dipenuhi air dan
krisis air tidak akan berlaku, walaupun perkara yang dihujahkan ialah mengenai
bekalan air dirawat yang tidak mencukupi.
sumber: Berita Harian
SP: Kalau air free pun tapi jalan berlubang sana sini, sampah berlonggok tak di selenggara dengan betul longkang tersumbat nak buat apa.
No comments:
Post a Comment