Durian Parti Puteri UMNO Bahagian Segambut bersama Penduduk yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Taman SPPK. Objektif program ini adalah untuk mendekati pengundi melalui pendekatan yang lebih santai bagi persediaan menghadapi PRU13. Lebih 200 orang penduduk sekitar Taman SPPK dan kawasan-kawasan berdekatan yang telah hadir. Program ini juga telah diadakan dengan kerjasama JASA dan UMNO Cawangan Taman SPPK. Semoga program-program yang lebh santai seperti ini akan dapat mendekati pengundi muda terutamanya bagi menarik minat mereka ke arah UMNO dan Barisan Nasional.
Followers
Untuk Makluman
Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Friday, August 7, 2009
PROGRAM PARTI DURIAN PUTERI BERSAMA PENDUDUK
Durian Parti Puteri UMNO Bahagian Segambut bersama Penduduk yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Taman SPPK. Objektif program ini adalah untuk mendekati pengundi melalui pendekatan yang lebih santai bagi persediaan menghadapi PRU13. Lebih 200 orang penduduk sekitar Taman SPPK dan kawasan-kawasan berdekatan yang telah hadir. Program ini juga telah diadakan dengan kerjasama JASA dan UMNO Cawangan Taman SPPK. Semoga program-program yang lebh santai seperti ini akan dapat mendekati pengundi muda terutamanya bagi menarik minat mereka ke arah UMNO dan Barisan Nasional.
Thursday, July 9, 2009
TAKZIAH BUAT NASHUA
Al-Fatihah.
Seluruh ahli keluarga Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan sekalung takziah buat Saudari Nashua Fauzun di atas pemergian ayahandanya yang tercinta pagi tadi. Semoga roh allahyarham akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Buat Saudari Nashua semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah.
Amin.
Amin.
Friday, May 22, 2009
GAMBAR GAMBAR SEKITAR KELAS INTENSIF BAHASA INGGERIS
Di atas penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, penyertaan untuk kelas intensif BI ini telahpun ditutup. Kepada adik-adik yang tidak dapat menyertai sesi kali in jangan kecewa, insyaallah pihak kami akan berusaha untuk mengadakan sesi seterusnya untuk adik-adik semua.
Tuesday, May 12, 2009
TAHNIAH FIONA
Sekalung tahniah buat Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, HUZRY FIONNAWATTY HUSSEIN di atas perlantikan beliau sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan yang baru. Untuk rekod, jawatan ini sebelum ini disandang oleh Ybhg Datin Ismalina Ismail. Kami ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut juga turut merasa bangga di atas perlantikan ini. Semoga beliau akan dapat memikul dengan baik amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan dapat memperkasakan Puteri UMNO WP untuk PRU13.Monday, May 4, 2009
Majlis Penutup Kelas Latihan Tidak Formal Puteri UMNO Bahagian Segambut

Semalam telah berlangsung Majlis Penutup Kelas Latihan Tidak Formal (Kraftangan) anjuran Puteri UMNO Bahagian Segambut dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Parlimen Segambut/Kepong. Kelas ini telah diadakan 3 sesi iaitu sesi yang pertama pada 19hb April 2009. Program ini telah disertai oleh ahli-ahli puteri dan juga penduduk disekitar Kampung Pasir Segambut. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Huzry Fionnawatty Hussien.
Semalam juga telah diadakan majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Noorisah Hj Hakim.


Semalam juga telah diadakan majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Noorisah Hj Hakim.


Kek Baskin Robbins ini ditaja oleh Ketua Puteri, Fionna
Thursday, April 9, 2009
TAHNIAH YB ROSNAH
Sekalung tahniah buat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di atas lantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan seperti yang diumumkan oleh Perdama Menteri Malaysia yang Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut berdiri teguh dibelakang YB Rosnah dan bersedia untuk bekerja bersama-sama dengan YB demi memantapkan lagi Puteri UMNO.
HIDUP YB ROSNAH! HIDUP PUTERI UMNO!
Subscribe to:
Posts (Atom)









