Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, May 4, 2009

Majlis Penutup Kelas Latihan Tidak Formal Puteri UMNO Bahagian Segambut

Sekitar Majlis Penutup KLTF

Semalam telah berlangsung Majlis Penutup Kelas Latihan Tidak Formal (Kraftangan) anjuran Puteri UMNO Bahagian Segambut dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Parlimen Segambut/Kepong. Kelas ini telah diadakan 3 sesi iaitu sesi yang pertama pada 19hb April 2009. Program ini telah disertai oleh ahli-ahli puteri dan juga penduduk disekitar Kampung Pasir Segambut. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Huzry Fionnawatty Hussien.

Semalam juga telah diadakan majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Cik Noorisah Hj Hakim.




Kek Baskin Robbins ini ditaja oleh Ketua Puteri, Fionna

Antara hasil kerjatangan peserta KLTF


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Gambar gambar Sekitar Kelas Latihan Tidak Formal Puteri UMNO Segambut









UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH YB ROSNAH


Sekalung tahniah buat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di atas lantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan seperti yang diumumkan oleh Perdama Menteri Malaysia yang Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut berdiri teguh dibelakang YB Rosnah dan bersedia untuk bekerja bersama-sama dengan YB demi memantapkan lagi Puteri UMNO.


HIDUP YB ROSNAH! HIDUP PUTERI UMNO!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, April 1, 2009

PUTERI TAK BERUNDUR TEMUI PENGUNDI DI KAWASAN PANAS : ROSNAH

TAIPING: Puteri Umno tetap meneruskan kempen rumah ke rumah setiap kali pilihan raya meskipun berdepan halangan dan provokasi daripada pihak pembangkang terutama di 'kawasan panas'. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pendekatan bersemuka itu sudah menjadi identiti Puteri yang diterima baik pengundi, terutama golongan muda. "Saya akui walaupun kadang kala kita hadapi rintangan dengan tindakan pembangkang yang buat Puteri rasa soal keselamatan mereka terjejas.

"Namun, selagi kami percaya kami di pihak benar, kami tetap sealiran dengan kerajaan, pendekatan bersemuka ini tetap efektif dan diteruskan," katanya dalam temubual eksklusif dengan Berita Harian Online di Pusat Operasi NSTP di Hotel Lagend Inn, di sini, pagi tadi, Beliau berkata, setakat ini, belum ada insiden dalam tiga pilihan raya kecil serentak membabitkan Puteri dicabar atau dilarang memasuki kawasan perkampungan dan perumahan untuk menemui pengundi. Mengenai gerakan kerja Puteri di ketiga-tiga pilihan raya kecil, beliau berkata ia sedang dipertingkatkan dengan memastikan kehadiran anggotanya di setiap peti undi, khususnya di kawasan panas.

"Bagi kawasan panas, sudah tentu diberi lebih tumpuan dan kita menggunakan pendekatan berbeza mengikut corak pengundi dan isu yang berkaitan di satu-satu tempat," katanya. Beliau juga menolak tanggapan serong pembangkang bahawa sayap itu hanya dieksploitasi Umno dalam kempennya pada setiap pilihan raya. "Ingin saya tegaskan Puteri masih berperanan untuk membantu jentera BN secara keseluruhan. Walaupun tugas kami lebih kepada teknologi maklumat (IT) iaitu semakan pemilih, tanggungjawab kita ialah untuk pastikan calon BN diterima di kalangan pengundi. "Apa juga bentuk provokasi pembangkang, kehadiran kami tetap kekal dan diterima pengundi," katanya.
Puteri Segambut : Chaiyok! Chaiyok! Kak Ros. Teruskan usahamu itu cuma kami harap Puteri kali ini tak syok sendiri dengan program-program yang tidak sampai kepada golongan sasaran. Biarlah program-program yang dirangka mampu menarik penglibatan semua pihak terutama golongan pengundi dan bukannya hanya jentera sahaja.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, March 29, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU SAMILAH & PASANGAN





Selamat Pengantin baru buat Samilah Sanusi (AJK Puteri Bahagian Segambut) serta pasangannya pada 29hb Mac 2009. Semoga kekal ke akhir hayat.






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, March 28, 2009

GAMBAR GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG PUTERI UMNO MALAYSIA 2008


Penat berkempen sampai tertidur

Sebelum proses pengundian

Sewaktu ucapan dasar Dato' Noraini Ahmad

Sebahagian dari perwakilan puteri

Perwakilan dari Bahagian Segambut

Mazni, Fiona, Aishah dan Nuri

Sebelum proses pengundian bermula

Gambar-gambar sekitar Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 25hb Mac 2009. Walaupun Ketua Puteri Segambut kalah di dalam pemilihan Exco Puteri Malaysia namun pengalaman yang telah dapat dikutip sepanjang musim berkempen sangat berharga. Kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut berharap agar Puteri UMNO akan kembali gemilang seperti sebelum ini dan mampu menarik golongan wanita muda untuk menyertai puteri.









UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, March 27, 2009

KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO 2008

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Berikut adalah keputusan pemilihan Umno 2008.


PENGERUSI TETAP
DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN ............... (2272 undi)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ ...... (tanpabertanding)


PRESIDEN
DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK..................... (tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN............................. (1575 undi)

NAIB PRESIDEN
1. DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI..................... (1592 undi)
2. DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN.................. (1515 undi)
3. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL......................... (1445 undi)


AHLI MAJLIS TERTINGGI

1. DATUK MUSTAPA MOHAMED .............................. (2259 undi)
2. DATUK NOH OMAR ..................................... (2084 undi)
3. DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN ...................... (2084 undi)
4. DATUK AZIAN OSMAN .................................. (2060 undi)
5. DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN .......................... (2054 undi)
6. DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED ........................ (1854 undi)
7. DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB ..................... (1838 undi)
8. DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN ..................... (1804 undi)
9. DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR .......................... (1705 undi)
10. DR MOHD PUAD ZARKASHI .............................. (1700 undi)
11. DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN ........................ (1685 undi)
12. DATUK HAJI IDRIS HJ HARON .......................... (1658 undi)
13. DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD ..................... (1624 undi)
14. DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS ..................... (1622 undi)
15. DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH ........................... (1619 undi)
16. DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD ......................... (1611 undi)
17. DATUK SERI MAHDZIR KHALID........................... (1584 undi)
18. DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH ................... (1529 undi)
19. DATUK HAMZAH ZAINUDIN .............................. (1518 undi)
20. DATUK BUNG MOKTAR RADIN ............................ (1517 undi)
21. DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN ......................... (1481 undi)
22. DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE ....................... (1431 undi)
23. DATUK AHMAD SHABERY CHEEK .......................... (1377 undi)
24. DATUK SERI IDRIS JUSOH ............................. (1275 undi)
25. DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM ...................... (1265 undi)




Sumber dari BERNAMA



SP : Dengan pemilihan MT yang baru ini diharap akan dapat membantu proses mengtransformasikan UMNO secara keseluruhannya dan sekaligus memulihkan imej UMNO yang hampir lesu. Tahniah untuk semua yang terpilih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN