Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, July 4, 2008

Menarik Dari Akhbar

Politik Anwar hancur Melayu

Oleh Rafidah Mat Ruzki

SHAH ALAM: Politik baru yang dibawakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah satu konsep yang akan hanya mengancam kemakmuran dan keselamatan negara selain menjurus kepada kehancuran masyarakat Melayu.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, berkata politik berbilang kaum yang dibawa PKR itu sebenarnya cuma memadam semangat dan prinsip perjuangan pengasas negara ini.

"Atas nama politik baru, berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya ia adalah politik yang cuba memadamkan asas (yang dibawa) bapa-bapa perjuangan negara," katanya selepas ceramah bertajuk Politik Baru di seminar pemantapan anjuran Umno Selangor yang dihadiri 100 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini, semalam.

Mohamad Ezam berkata, konsep pelbagai kaum yang cuba dibawa PKR kini sebenarnya sudah lama diperkenalkan dan menjadi asas yang dibawakan pengasas negara ini.

Katanya, walaupun generasi sekarang boleh melakukan perubahan, ia tidak bermakna perubahan itu perlu melanggar semua asas sudah disediakan.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila ia melanggar garisan (asas) yang dibentuk pengasas negara. Setiap negara mempunyai pengasas. Macam manapun kita cuba membuat perubahan, kita tidak seharusnya melanggar asas yang sudah ditetapkan itu," katanya.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Washington tidak berhak menegur undang-undang negara ini kerana Amerika Syarikat (AS) sendiri tidak mengikut undang-undang dunia apabila melakukan pencerobohan terhadap Iraq dengan menggunakan alasan palsu.

Beliau berkata, tindakan Washington cuba campur tangan dalam urusan negara ini dengan membuat kenyataan berunsur amaran berhubung dakwaan terbaru kes liwat membabitkan Anwar, amat tidak wajar.

"AS tidak punyai hak moral untuk menegur kita mengenai soal undang-undang kerana mereka sendiri melanggar undang-undang dunia dengan penjajahan ke atas Iraq menggunakan alasan palsu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

"Ia langsung tidak mengejutkan saya kerana sebelum ini juga Jabatan Negara AS memberi RM122 juta kepada Foundation of The Future yang diterajui Anwar," katanya.

Isnin lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Washington dan menegaskan tindakan negara itu yang mahu menentang sebarang siasatan atau pendakwaan terhadap Anwar atas alasan kononnya tuduhan itu bermotif politik, adalah prejudis terhadap sistem perundangan negara ini.

Sementara itu, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju berkata, semua ahli dan Majlis Seni Bela Diri Negara (Marcil) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan AS yang cuba campur tangan hal ehwal negara ini.

"Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan bertamadun, tidak sepatutnya negara kuasa besar seperti AS bertindak sedemikian kerana kita mampu mentadbir negara sendiri,"katanya.


Sumber : Berita Harian ONLINE





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, June 22, 2008


Kami telah berpeluang mengunjungi Uncle Shahrome (Ketua Penerangan UMNO Cawangan TTDI) yang mengidap penyakit Kanser Hati di rumah beliau pada hari Jumaat (20/6/08). Ketua Puteri telah menyampaikan sumbangan mewakili Puteri UMNO kepada Uncle Shahrome. Puteri UMNO Bahagian Segambut berharap Uncle Shahrome akan cepat sembuh dan aktif semula seperti sediakala.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, June 20, 2008

PEMILIHAN UMNO CAWANGAN MUNGKIN DITANGGUH

UMNO mungkin menangguhkan pemilihan peringkat cawangan parti itu yang dijadualkan pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang diadakan di Perlis. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Penangguhan pemilihan cawangan ini pada dasarnya perlu dilakukan memandangkan UMNO terpaksa berhadapan dengan pilihan raya kecil DUN Sanglang.
‘‘UMNO perlu menumpukan pada pilihan raya ini memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lepas,’’ katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kangar hari ini yang memutuskan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu. Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Pemilihan UMNO di peringkat Pusat akan diadakan dari 16 hingga 12 Disember ini manakala pemilihan cawangan dan bahagian bermula lebih awal iaitu masing-masing dari 17 Julai hingga 24 Ogos manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November. Tengku Adnan memberitahu, tumpuan perlu diberi kepada pilihan raya kecil memandangkan terdapat banyak isu yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat.

Katanya, UMNO perlu bekerja kuat untuk memenangi hati pengundi di kawasan Sanglang memandangkan banyak isu yang boleh dimanipulasikan oleh parti pembangkang.
Oleh itu, tegasnya, adalah wajar untuk menangguhkan pemilihan bagi membolehkan pilihan raya kecil DUN Sanglang dapat ditumpukan 100 peratus.

Abdullah Hassan yang merupakan calon BN diisytiharkan pemenang kerusi negeri Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperoleh 3,384 undi manakala Hashim memperoleh 3,235 undi pada pilihan raya umum lepas. -utusan
Artikel dipetik dari Portal Puteri UMNO Malaysia

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

MAJLIS TAHLIL DAN BACAAN YAASIN UNTUK ALLAHYARHAM TN HJ JALALUDDIN - PENGERUSI TETAP UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT

Pada 19hb Jun 2008 bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Segambut telah diadakan Majlis Tahlil dan Yaasin untuk Allahyarham Tuan Hj Jalaluddin (Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Segambut) yang telah kembali ke Rahmatullah pada minggu lepas.
Majlis telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Segambut dan telah dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Segambut 4 Peringkat, Ahli Keluarga Allahyarham Tuan Hj Jalal serta ahli-ahli UMNO dari cawangan-cawangan di dalam bahagian Segambut.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut juga turut merasai kehilangan seorang ahli UMNO yang komited menjalankan tugas dan juga komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.
Semoga roh beliau tergolong didalam golongan mereka yang beriman.
Amin.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, June 11, 2008

CARTA MESYUARAT AGONG CAWANGAN TAHUN 2008

BIL

CAWANGAN

TARIKH

MASA

TEMPAT

1

TAMAN SRI SEGAMBUT

19HB JULAI 08

3.00 PTG

PEJABAT BAHAGIAN

2

KAMPUNG BENTENG

19HB JULAI 08

8.30 MLM

PEJABAT BAHAGIAN

3

TAMAN TUN DR ISMAIL

20HB JULAI 08

10.00PAGI

DEWAN UMNO

4

KG SEGAMBUT DALAM

20HB JULAI 08

8.00 MLM

DEWAN UMNO

5

KG SEGAMBUT LUAR

20HB JULAI 08

3.00PTG

DEWAN

6

SRI HARTAMAS

22HB JULAI 08

8.00 MLM

RESTORAN PUTERI

7

DAMANSARA HEIGHT

27HB JULAI 08

3.00 PTG

SEK: KEB: BKT DAMANSARA

8

FLAT TAMAN SEJAHTERA

2HB OGOS 08

8.30 MLM

DEWAN SIVIK

9

KAMPUNG JALAN KUCHING

3HB OGOS 08

5.00 PTG

PEJABAT BAHAGIAN

10

KAMPUNG PASIR SEGAMBUT

3HB OGOS 08

3.00 PTG

DEWAN

11

MEDAN PUTERA

3HB OGOS 08

10.00 PAGI

12

KG SEJAHTERA

9HB OGOS 08

8.00 MLM

DEWAN

13

PENCHALA LINK

10HB OGOS 08

8.00 MLM

DEWAN

14

KAMPONG SEGAMBUT TENGAH

10HB OGOS 08

5.00 PTG

DEWAN

15

KAMPONG SUNGAI JERNEH

10HB OGOS 08

10.00 PAGI

16

SRI ANGSANA

16HB OGOS 08

5.00 PTG

DEWAN

17

TAMAN SPPK

16HB OGOS 08

8.00 MLM

DEWAN

18

TAMAN LAWA

17HB OGOS 08

5.00PTG

PEJABAT BAHAGIAN

19

TAMAN KOK DOH

17HB OGOS 08

5.00 PTG

PEJABAT BAHAGIAN

39

TEBING KALI

24HB OGOS 08

10.00 PAGI

40

KAMPONG SUNGAI UDANG

24HB OGOS 08

3.00 PTG


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, June 5, 2008

MENARIK DARI AKHBAR

Subsidi dibayar tunai kepada pemilik kenderaan

PUTRAJAYA 4 Jun – Kerajaan akan membayar subsidi minyak secara tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang diumumkan hari ini. Walaupun pemilik kenderaan kini terpaksa membayar harga petrol dan diesel yang lebih tinggi sehingga 40 peratus berbanding harga sebelum ini, tetapi mereka akan mendapat rebat tunai daripada kerajaan sebaik sahaja memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberitahu Utusan Malaysia di sini, sungguhpun harga petrol naik sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 namun hakikatnya kerajaan akan memulangkan semula sebahagian daripada kenaikan itu kepada pengguna dalam bentuk rebat tunai berjumlah RM625 setahun.
“Pemilik kenderaan sebenarnya masih menikmati subsidi petrol yang kita pulangkan semula dalam bentuk bayaran tunai,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengumumkan struktur baru subsidi bahan api hari ini berkata, bayaran tunai akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan RM1 bagi diesel.

Bayaran sebanyak RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti enjin sehingga RM2,500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.

Bayaran tersebut meliputi kenderaan dengan cukai jalan berkuat kuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Bayaran tunai itu, menurut Perdana Menteri, akan diberikan dalam bentuk kiriman wang yang boleh ditunaikan di Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.
Bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori menerima bayaran tunai, mereka akan dibantu menerusi pengurangan cukai jalan sebanyak RM200 untuk kenderaan melebihi 2,000cc dan RM50 untuk motosikal berkapasiti enjin melebihi 250cc.

Selain itu, kerajaan juga membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan bantuan khas kepada pengusahanya bagi mengimbangi kenaikan harga gas. Harga gas untuk sektor industri telah dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, June 4, 2008

MENARIK DARI AKHBAR

Petrol harga pasaran? - Pengguna bagaimanapun akan terus nikmati subsidi
Oleh SUWARNI MOKHTARdan ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 3 Jun – Kerajaan berharap dapat menghapuskan kawalan harga petrol dan diesel pada masa depan bagi membolehkan bahan bakar itu dijual di stesen-stesen minyak di negara ini mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun, dalam melaksanakannya, kerajaan akan tetap memastikan para pengguna terus menerima subsidi tetapi bukan menggunakan mekanisme yang diamalkan sekarang.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.

“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Beliau menambah: “Hanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”
Bentuk pemberian subsidi itu, ujar beliau, mungkin berbeza mengikut individu.

“Sebagai contoh, mereka yang menggunakan kenderaan yang mahal mungkin akan mendapat subsidi yang lebih rendah berbanding yang menggunakan kereta kecil.
“Inilah yang kita cuba tentukan dalam mekanisme subsidi minyak yang akan diumumkan nanti,’’ kata beliau. Harga pasaran petrol semasa ialah RM4 seliter tetapi di Malaysia ia dijual pada harga subsidi RM1.92 seliter melibatkan peruntukan subsidi yang dijangka mencecah RM56 bilion (meliputi subsidi petrol, diesel dan gas) pada tahun ini.

Sambil membayangkan kenaikan harga petrol dan diesel bagi mencerminkan realiti harga minyak dunia tidak dapat dielakkan, Shahrir menjelaskan, mekanisme pemberian subsidi bahan api yang akan dilaksanakan Ogos ini mungkin akan diberikan sama ada dalam bentuk kuota atau secara tunai. Beliau memberitahu, pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok mengenai subsidi minyak merupakan langkah pertama ke arah penstrukturan skim subsidi bahan bakar itu.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, kenaikan harga minyak tidak akan berkuat kuasa serta-merta seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Sementara itu, penetapan had bulanan tertentu penggunaan petrol dan diesel subsidi berdasarkan pendapatan dan jenis kenderaan pengguna adalah antara cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom, antara syor yang dipertimbangkan ialah memberikan subsidi minyak kepada pengguna hanya dalam jumlah tertentu.
Katanya, selepas melepasi had penggunaan minyak bersubsidi yang ditetapkan, jika seseorang ingin membeli minyak lagi, mereka perlu membayar petrol atau diesel yang dibeli pada harga pasaran iaitu harga tanpa subsidi.

“Sebagai contoh, jika seorang pengguna yang dibenarkan membeli 100 liter minyak bersubsidi setiap bulan telah melepasi had itu, dia perlu membayar harga normal bagi setiap liter tambahan petrol dan diesel yang dibelinya,” kata Mohd. Zain kepada Utusan Malaysia.
Beliau memberitahu, setakat ini syor itu masih di peringkat pertimbangan. “Jumlah minyak bersubsidi yang dirancang untuk diberikan kepada pengguna masih belum muktamad dan kadarnya tidak semestinya dinikmati oleh semua pihak,” katanya.

Mohd. Zain berkata, setiap pengguna berkemungkinan akan dibekalkan dengan sekeping kad khas yang menetapkan jumlah minyak bersubsidi yang layak dinikmatinya setiap bulan.
Kad itu boleh digunakan untuk membeli bahan api di stesen-stesen minyak tetapi harga minyak yang dijual dirancang ditetapkan mengikut harga pasaran peringkat global.
“Contohnya, jika harga petrol pada masa itu bernilai RM3 seliter, pemilik kenderaan dari luar Malaysia akan membelinya pada harga itu, tetapi rakyat tempatan yang layak boleh membeli jumlah tertentu petrol pada harga subsidi.

“Sekiranya mereka telah melebihi had penggunaan subsidi yang dibenarkan, mereka perlu membayar petrol dan diesel mengikut harga pasaran,” katanya. Cadangan lain yang sedang diberikan pertimbangan oleh kerajaan adalah untuk menarik balik diesel bersubsidi kepada nelayan dan digantikan dengan baucer atau wang tunai untuk membeli minyak.

“Langkah ini difikirkan sesuai dilaksanakan memandangkan kerajaan menerima terlalu banyak aduan berkaitan penyalahgunaan diesel bersubsidi,” kata Mohd. Zain.

Mengikut perbincangan awal, terpulang kepada nelayan untuk menggunakan wang tunai subsidi diesel yang akan diberikan itu.

“Kalau nelayan tidak mahu menggunakan wang itu untuk membeli minyak, itu terpulanglah pada diri masing-masing, namun ini semua masih dalam peringkat perancangan,” ujar beliau
-UTUSAN ONLINE-

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN