Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, March 30, 2010

JOM GEGAR SEGAMBUT

Jom ramai ramai kita GEGAR SEGAMBUT sempena program Juara Rakyat Bulan Agensi Kerajaan pada 4hb April 2010 bertempat di Dewan Sivik Flat Taman Sejahtera Segambut.

Pelbagai acara manerik menanti anda di antaranya Pertandingan Burger Juara Rakyat khusus untuk peniaga-peniaga kecil burger di sekitar Parlimen Segambut, Pertandingan Shuffle Juara Rakyat bagi memberi peluang kepada shuffler-shuffler di sekitar Segambut bagi menunjukkan bakal serta kelincahan mereka, Pertandingan Bercerita Juara Rakyat mempelawa adik-adik kecil untuk bercerita tentang apa saja hikayat, cerita rakyat dan sebagainya dan Mini Konsert Juara Rakyat di mana anda akan dihiburkan oleh artis-artis muda tanahair seperti RIZ AF6, SABBHIE SADDI dan EPUL MYSTARZ LG.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan info-info terkini dan juga perhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan antaranya JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN, Pemeriksaan PAP SMEAR secara percuma serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh JABATAN KESIHATAN, BOMBA, POLIS DIRAJA MALAYSIA, CYBER SECURITY dan lain-lain lagi.

So....tunggu apa lagi??? Pastikan anda melapangkan masa anda pada 4 April 2010...........


JUMPA DI SANAAAAAAA.........


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

1 comment:

Anonymous said...

Saya sebagai seorang Warga Taman Sejahtera dan Ahli Umno Taman Sejahtera ,ingin menyatakan rasa kekesalan terhadap penganjur kerana membuat program "Gegar Seambut" sempena Juara Rakyat Bulan Agensi kerajaan .tanpa melibatkan dan melalui Ketua Umno Cawangan dan Ajk cawangan ,saya rasa ini sungguh tak patut dan pelik datang kecawangan kami membuat program UMNO tapi tanpa melalui Umno Cawangan .melalui saluran apa dan pihak mana?,saya harap dimasa akan datang Berhati hati apbila berurusan dengan pihak pihak tertentu di Taman Sejahtera ini ..ikut lah peraturan dan protokol sepatut nya ,kalau politik ikut cara politik.jangan terpedaya dengan sandiwara pihak pihak tertentu yang konon nya pemimpin menggunakan kedudukkan mereka untuk kepentingan diri mereka sediri sahaja ,...UMNO Bahagian pun mesti ambil tahu perkara ini... ini kah yang dikatakan rakyat di dahulukan.? Fikirkanlah kalau nak tarik ahli cawangan menyokong BN pun susah inikan pula rakyat biasa (penduduk) yang bukan penyokong UMNO ..bila pilihanraya nanti jangan salahkan kami UMNO cawangan.kerana kerenah segelintir pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat tapi musang berbulu ayam . fikirkanlah jangan terpedaya kaca di katakan intan..

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN