Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, February 4, 2013

BL1M: Tiada Ejen yang dilantik mewakili @SHEBMALAYSIA @MY_BL1M



 https://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/u/0/?ui=2&ik=852ecf5ec2&view=att&th=13c9c097f6f1bf81&attid=0.1&disp=inline&safe=1&zw&saduie=AG9B_P-ksomXVaeuEUcv1-81p3e-&sadet=1359956042279&sads=tVggeUjZgQcSu-pZ8W-0E2Al7FA

Beberapa kejadian penipuan yang membabitkan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) telah mula dikesan berlaku di Kedah.

Pihak Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) NGO di bawah Pemuda UMNO dan MyEG yang berusaha merealisasikan BL1M sebagai kenyataan buat rakyat Malaysia. Bertepatan dengan hasrat kerajaan Malaysia, pihak BL1M tidak pernah melantik atau memilih mana-mana individu dan syarikat sebagai ejen kepada mereka.

Menurut Pengerusi BL1M, YM Tengku Azman, pihaknya tidak pernah melantik dan tidak bercadang melantik sesiapa saja untuk menjadi ejen BL1M.

''Pemuda UMNO tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen", kata beliau.

Beliau turut menambah bahawa kejadian penipuan ini telah mula dikesan di Kedah sebelum pelancaran mengenai BL1M dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Orang Muda yang lepas.


Berikut turutan proses memohon BL1M :

1. Isi borang BL1M.
2. Sediakan wang pos sebanyak RM199 (boleh dilakukan di Pejabat Pos)
3. Wang pos hendaklah atas nama MyEG Services Berhad. (rujuk gambar wang pos)
4. Hantar borang tersebut kepada Pengerusi BL1M di Bahagian UMNO negeri tersebut.

Selanjutnya boleh rujuk di laman web rasmi www.bl1m.my


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN