Program Forum Perdana “Soal hati : Antara Tuntutan & Idaman” dibarisi penceramah-penceramah muda iaitu Imam Muda Asyraff dan Ustazah Sharifah Khasif. Moderator pada malam itu Puan Farah Deeba (Bekas pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O). Penonton bukan sahaja terdri daripada golongan yang berusia tetapi juga anak-anak muda, remaja, keluarga, ibu-bapa yang tidak berganjak dari kerusi masing-masing walaupun keadaan hujan yang renyai-renyai pada awalnya.
Ustazah Sharifah Khasif mempelbagaikan pengisian dengan memperdengarkan bacaan al-quran di tengah-tengah forum dengan penggunaan taranum yang meruntun hati penonton bersesuaian dengan gelaran beliau sebagai Juara Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.
Walau tanpa kehadiran VVIP atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti yang dirancangkan pada awalnya namun kehadiran penonton melebihi 1,000 orang. Buat julung-julung kalinya juga forum malam tadi boleh diikuti secara langsung melalui laman web http://www.ustream.tv/channel/forum-perdana
Memetik sebaris ayat daripada Imam Muda Asyraff “Tak salah nak kahwin dengan suami orang hukum tak haram tapi fikir-fikirkan semula adakah perkahwinan itu akan sejuk mata selepas perkahwinan atau akan lebih menyakitkan”.
No comments:
Post a Comment