Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, June 6, 2012

Bangunan PNB 100 tingkat - Provokasi oleh Kapitalis2 Cina?



Hangpa semua tengoklah bangunan2 cantik di Kuala Lumpur ni. Hangpa rasa, owner bangunan2 dan hartanah di KL seperti YTL, Mah Sing Group, TEMASIK dan lain2 tu rugi ka? MEREKA SEMUA DAH BUAT BERBILLION RINGGIT DAH! Habih tu kenapa PNB tak boleh???

LimKit Siang telah membuat petisyen mengenai penglibatan PNB dalam pelaburan besar di Kuala Lumpur (lihat sini). Kita juga patut buat petisyen juga kepada Kit Siang. Petisyen itu berbunyi begini : Kenapa syarikat seperti Temasik, YTL, Mah Sing Group dll adalah dibenarkan membuat asset di KL tetapi PNB tidak boleh??

Bagi saya, orang2 yang tidak mahu PNB membuat pelaburan hartanah secara besar – besaran di Kuala Lumpur hanyalah kerana hendak menjaga kepentingan individu kapitalis seperti YTL, Mah Sing, Temasik dll supaya PNB tidak bersaing dengan mereka dan turut mengaut keuntungan seperti mereka.

Ianya bukan hanya mengenai orang Cina. Ia juga mengenai orang2 kaya yang menguasai bidang hartanah di KL dan PNB ialah terdiri daripada orang2 biasa macam kita yang ada kepentingan dalam Amanah Saham. Kebanyakan pemegang saham PNB adalah diperolehi melalui Amanah Saham di mana terdiri daripada orang Malaysia kelas bawahan yang pelbagai kaum. Situasi ini adalah seperti orang kaya yang tidak mahukan orang sederhana dan orang miskin bersatu melalui Amanah Saham (PNB) untuk mengatasi mereka dalam bidang pelaburan hartanah di KL.


Beberapa individu telah merekacipta retorik untuk menampakkan pelaburan besar yang dibuat oleh PNB adalah salah di mata rakyat Malaysia. Mereka mahu memastikan PNB membatalkan hasrat mereka untuk melabur. Jadi, tanah2 yang bernilai di KL hanyalah layak dimiliki oleh individu kaya yang tidak bertanggungjawab untuk membuat lebih duit.
Kadang2, kita sebagai rakyat patut buka mata dan lihat perkara ini dalam perspektif yang berbeza, kenapa syarikat lain dibenarkan membuat berbillion duit, tetapi PNB tidak?


PNB sepatutnya membawa keluar idea ini pada 20 tahun yang lepas. Temasik, YTL dll telah lama membuat berbillion duit! Jika PNB membina bangunan 100 tingkat pada 20 tahun lalu, kita sebagai rakyat yang ada KWSP dan Amanah Saham dah boleh dapat duit lebih daripada hari ini. PNB perlu berhenti daripada bersikap konservatif dalam pelaburan mereka dan berhenti mengekalkan polisi “TUNGGU DAN LIHAT” sementara yang lain sudahpun membuat berbillion duit dalam pelaburan hartanah utama seperti KL. Pada masa sekarang, mereka patut memiliki paling kurang 2 daripada 100 menara bertingkat, tidak hanya bercadang memiliki sebuah bangunan.


Saya mengatakan yang PNB patut membuat pelaburan jenis ini pada 20 tahun lalu adalah kerana harga tanah dan bahan2 membina bangunan adalah murah pada masa itu. Jika mereka membina / memilik bangunan pada 20 tahun lalu, berapakah nilainya pada masa sekarang? Dan berapa yang kita akan perolehi sebagai pemegang saham? Tidaklah bermakna PNB perlu membina bangunan dalam jangka masa yang cepat selama 20 tahun itu, tetapi dalam jangka masa itu PNB sudah patut memilik sekurang – kurangnya 2 daripada 100 unit bangunan di KL.


Kenapa pengurus dana tidak nampak perkara ini apabila orang lain telah membuat berbillion duit di hadapan mata mereka? Contohnya, mereka boleh lihat sekeliling mereka melalui salah satu kawasan utama di KL yang dipanggil “Darby Park”, bangunan Rumah Kewangan Kuwait, YTL, K Avenue tumbuh macam cendawan dan mereka telah membuat banyak duit. Untuk jangka masa yang lama, pengurus dana tidak melakukan “anjakan”. Untuk info, penthouse di kawasan K Avenue berharga 18million untuk satu unit telah habis dijual.

Mereka hanya “bergerak” setelah melihat orang lain telah membuat berbillion duit, setelah harga bahan2 pembinaan dan tanah melambung tinggi. Ini iadalah kurang bijak.

Secara peribadinya, saya faham yang syarikat2 swasta kita tidaklah begitu “bersih” dan beberapa daripadanya dipaliti oleh skandal perniagaan. Ianya adalah tidak mustahil bagi pengurus dana yang tahu mengenai potensi bidang hartanah ini, tidak melaporkan kepada pegawai2 rasmi untuk membuat keputusan, tetapi menjual cadangan mereka kepada orang lain atau syarikat swasta lain.

Apakah jaminan yang PNB AKAN HILANG DUIT PELABURAN DALAM KAWASAN UTAMA DI KL? JIKA TEMASIK BOLEH BUAT DUIT, KENAPA PNB TIDAK BOLEH?

Jika Temasik dan syarikat swasta lain seperti YTL boleh memiliki bangunan di Bukit Bintang atau mana2 kawasan KL, kenapa PNB tidak boleh berbuat perkara yang sama dan memiliki beberapa kawasan strategic di KL?

Oleh kerana secara asasnya, rakyat marhaen seperti kita adalah pemegang dividen minoriti dalam PNB, PNB TIDAK SEPATUTNYA MEMBUAT SEBUAH BANGUNAN, tetapi 10 bangunan di KL.

Mereka sepatutnya memikirkan untuk memiliki separuh minimum kawasan utama di KL, jadi rakyat marhaen seperti kita juga “ada tastes” untuk membuat aset dalam bidang hartanah di KL, dan ianya bukan hanya untuk orang kaya atau kapitalis seperti YTL.


Sumber: BUKAN SEKADAR POLITIK

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN