Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, June 11, 2012

Siapa Adolf Adi-Dassler?


Ramai yang mengenali dan mengetahui jenama ADIDAS . Tetapi saya percaya , pasti ramai yang tidak mengenali Adi-dassler . Atau dalam bahasa yang lebih tepat , tidak tahu menahu langsung , apakah sumbangan insan istimewa ini kepada sukan dunia dan masyarakat dunia am nya .

Adolf Adi-Dassler dilahirkan di Herzogenaurach, Kingdom of Bavaria, German Empire pada 3hb november 1900 . Meninggal dunia di Herzogenaurach, Jerman Barat pada 6hb september 1978. Beliau asalnya seorang tukang kasut dan mula mencipta kasut sukan pertamanya di bengkel mencuci pakaian ibunya selepas pulang dari perang dunia pertama.(ketika itu jerman masih lagi sebuah empayar dikenali sebagai Prussia) .

Bapanya yang bernama Christopher adalah seorang pekerja kilang kasut . Zehlein bersaudara , yang merupakan perusahan tukang besi .Dan merupakan individu pertama yang mula membekalkan "spikes" kepada adi setelah melihat kesungguhan beliau yang ingin mencipta kasut sukan buatan tangan sendirinya ke pasaran jerman . Pada oktober 1924 , Rudolf dassler , abang kepada adi mula menyertai perusahan kecil yang adi mulakan di rumahnya dan menubuhkan satu syarikat bersama adiknya , Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory) .


Semasa sukan olimpik 1928 di Amstedam , adi & rudolf mula memasar dan membekalkan pelbagai kelengkapan sukan kepada ramai atlit (kasut sukan yang terbanyak) pada kejohanan itu . Pada tahun 1936 semasa olimpik musim panas di Berlin, Jesse owen(pelari pecut amerika) pernah menggunakan kasut sukan ciptaan adi , dan hasilnya jesse berjaya menggondol 4 pingat emas di temasya itu .

Serentak dengan masa kebangkitan Adolf Hitler dan Nazi jerman pada lewat 1930an , Adi dan rudolf menyertai parti Nazi .Walaupun Rudolf dilihat lebih cenderung kepada parti Nasionalis Jerman , mereka berdua terpaksa menyertai Nazi ketika itu , demi keselamatan nyawa dan perniagaan mereka .(Mengingkari dan menentang nazi bererti MAUT pada masa itu) . Kemuncak sikap tidak bersetujunya dengan nazi yang dipamerkan oleh Rudolf , akhirnya membawa padah , apabila dia ditahan oleh unit SS (polis rahsia nazi . sama seperti KEMPEITAI .{polis rahsia empayar jepun} ) . Manakala Adi , tidak ditahan , tetapi dipaksa bekerja untuk Wehrmacht , Menghasilkan kasut untuk kegunaan tentera & pegawai tentera jerman di Wehrmacht (Kementerian perang Nazi) .

Perperangan dunia ke 2 memisahkan adi ,rudolf dan isteri-isteri serta anak-anak mereka . Diakhir tahun perperangan berlangsung , rudolf berjaya diselamatkan oleh tentera amerika yang mengesyakinya dia adalah anggota SS , tetapi mujurlah Adi sempat menjelaskan kepada tentera berikat , yang rudolf bukanlah seorang nazi ataupun anggota unit SS itu, lalu beliau dilepaskan dengan jaminan adiknya.

Pada tahun 1948 , terjadi 1 perselisihan faham antara Rudolf dan Adi . Rudolf meninggalkan syarikat yang mereka tubuhkan bersama (Gebrüder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brothers Shoe Factory) dan menubuhkan 1 syarikat lain yang bernama PUMA . Manakala adi , setelah berpisah dengan rudolf , mula menjenamakan semula syarikat nya dengan nama ADIDAS ( menggunakan namanya sendiri) . Puma di asaskan di bandar bersebelahan dengan tempat dimana kilang asal adik-beradik Dassler dibina ,diseberang sungai yang bernama Aurach.

Tahun 1973 , anak adi yang bernama Horst Dassler , menubuhkan 1 syarikat yang bernama ARENA . arena merupakan syarikat pembuat dan pembekal pakaian serta peralatan bagi sukan renang .Selepas kematian adi , Horst dan isterinya Käthe , mengambil-alih pengurusan Adidas dan menguruskannya secara bersama selama 9 tahun . Pada tahun 1987 , Horst dassler meninggal dunia . Adidas mula menjadi syarikat sendirian berhad pada tahun 1989, tetapi kekal milik keluarga Dassler . Pada tahun 1995 ,barulah saham-saham milik keluarga Dassler ditawarkan untuk pemilikkan awam .

Jadi , bila anda membeli barangan ADIDAS, ingatilah Insan yang mencipta nama ADIDAS itu juga . Mr ADI-DASSLER ...........


Source: MALAYSIA BLUES ARMY OFFICIAL PAGE






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN