Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, June 30, 2012

Bapak Rasis Nk Jadi Hero? Cc. @Mediaumno @umbkl


Berhubung isu Ahli Parlimen Sri Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng sebagai satu hasutan, berbau perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu yang bernama Ambiga.

Cekap Lim Guan Eng putar.....dia memang cekap.....

Bukan sekadar cekap memutar dia juga cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang india dalam tragedi Kampung Buah Pala.

Datuk Md Aziz (MP Sri Gading) tidak pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....

Ceritanya, ketika gilirannya berucap di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas, beliau memilih untuk bercakap berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat kerja lain di negara ini.

Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan bersubahat bersama orang asing.

Beliau bertanya, jika kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan Agung, apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia ???

Itu soalan beliau....saya ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.

Tidak pernah sesekali beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar mengarahkan Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu. Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu.

"Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".

Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara islam. Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang perjuangan negara islam.

Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan merujuk kepada orang india dengan perkataan PARIA. Mengamuk-ngamuk N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. Anwar berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.

Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf atau tarik balik.

DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau minta maaf.




Kartun dalam risalah My Balik Pulau diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru. Ulasan lanjut dalam beberapa episod boleh dilihat di sini.

Bulan lepas satu kejadian di Subang Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi. Video kekecohan perkara berkenaan ada di sini.

Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati terhadap orang-orang bumiputra.

Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969 ?

Siapa yang berarak di Kampung Baru dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ?

Siapa yang berdiri atas lori dan pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada masa itu ?

Kononnya matlamat perjuangan mereka Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum ?

Malaysian Malaysia konon.......khaik ptuihhhhhhhh.........

Akhir kata , sebagai ahli Umno saya menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.

Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, June 29, 2012

Pilih Pemulihan, Bukan Reformasi @mediaumno @umbkl

Akhbar Australia, The Age (9 September) menyiarkan apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim katakan padanya:

Anwar berkata, hubungan beliau dengan Dr. Mahathir semakin buruk sejak berlaku perkara buruk di Indonesia.

"Selepas Suharto tumbang. Saya rasa dia amat takut selepas kejadian itu. Secara objektif, saya menyatakan, situasi rasuah di Indonesia adalah lebih buruk berbanding di Malaysia, tetapi kita mempunyai penyakit yang sama.'' Maka jelaslah Anwar percaya kepada apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku juga di Malaysia. Ia juga menggambarkan akan mengambil langkah yang sama.

Kepercayaan bahawa masalah di Indonesia adalah serupa dengan masalah di Malaysia adalah suatu penyakit intelektual yang sering merundung sesetengah pejuang politik Melayu sejak sebelum zaman kemerdekaan lagi. Inilah juga penyakit yang ditanggung oleh nasionalis kiri Melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmi, Pak Sako dan Ahmad Boestamam.

Mereka menyangka Tanah Melayu perlu mengikut jejak Indonesia. Dengan kekaguman terhadap Sukarno mereka mahu melancarkan revolusi kemerdekaan di Tanah Melayu dan melaksanakan program politik (republikan anti-Barat) dan ekonomi (sosialis) cara Sukarno. Malah mereka mahu menggabungkan Tanah Melayu ke dalam Indonesia.

Perjuangan kiri tidak diterima dan tidak sesuai dengan orang-orang Melayu. Lebih membahayakan apabila ia terdedah dengan penaklukan oleh China komunis ke atas rantau ini.

UMNO dan Datuk Onn adalah pihak yang berjaya menyelamatkan Tanah Melayu daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan. Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak faham bahawa Tanah Melayu berbeza daripada Indonesia. Orang-orang Melayu tidak seperti Indonesia. Kita mahu mengekalkan sistem beraja dan sistem ekonomi pasaran bebas. Ternyata cara ini telah mendatangkan kemakmuran kepada Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.

Anwar dan ABIM terpukau dengan cara Indonesia

Kini dalam zaman yang lain, ada golongan Melayu yang masih terpukau dengan cara-cara di Indonesia. Mereka seolah-olah menyamakan masalah Indonesia dengan masalah di Malaysia. Mereka tidak nampak perbezaan ketara antara kedua-dua negara ini.

Kalau dulu, intelektual kiri Melayu terpengaruh dengan Revolusi Indonesia dan retorik Sukarno, kini Anwar, ABIM dan konco-konconya terpengaruh dengan perjuangan Reformasi Indonesia dan kagum dengan kejayaan tokoh Reformasi, Amien Rais. Akan tetapi yang pasti, Amien tidak menghadapi masalah peribadi.

Memang diketahui tokoh-tokoh ABIM seperti Siddiq Fadil dan Sidek Baba mempunyai kecenderungan terhadap cara Indonesia. Malah mereka berucap menggunakan bahasa seperti Indonesia.

Reformasi mungkin sesuai di Indonesia, tetapi tidak di negara ini. Reformasi di sana mempunyai idealisme tersendiri bagi menyelesaikan masalah masyarakat di sana. Mungkin Amien Rais sesuai dengan Indonesia. Tetapi caranya, dengan menggunakan mahasiswa tidak sesuai di Malaysia. Malaysia tidak mempunyai masalah penglibatan tentera dalam politik. Korupsi, kolusi dan nepotisme yang menjerat rejim Suharto tidak ada di Malaysia. Malaysia ada Dasar Ekonomi Baru yang begitu dikagumi hingga ada saranan di kalangan intelektual Indonesia dan penganalisis Barat supaya Indonesia menirunya.

Akan tetapi masalah Indonesia tetap berbeza. Amien Rais adalah tokoh yang baik dan mungkin beliau sesuai untuk memimpin Indonesia pada satu hari kelak. Akan tetapi Anwar tidak sama dengan Amien. Amien, ketua Muhammadiyah dan kini menjadi ketua Partai Amanat Nasional (PAN) muncul dari perjuangan mahasiswa dan rakyat yang menuntut reformasi di Indonesia.

Akan tetapi Abim bukan Muhammadiyah. Anwar walaupun pada tahun-tahun 70-an telah muncul dari gerakan mahasiswa tetapi telah dinaikkan dan diserapkan ke dalam kerajaan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Anwar, selama 16 tahun adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia.

ABIM pula, walaupun ada idealisme Islamnya sendiri tetapi telah menyokong UMNO dan kerajaan, kerana adanya Anwar selama 16 tahun juga. Anwar dan ABIM tidak layak melancarkan reformasi.

Malah sekiranya mereka teruskan juga, mereka akan mencemarkan idealisme reformasi itu sendiri. Bagi Malaysia, sehingga ini, cara yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ialah rancangan pemulihan yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.

Malaysia berpeluang untuk berjaya

Sokongan terhadap cara Perdana Menteri menangani kegawatan ekonomi kian bertambah dari kalangan pemerhati antarabangsa. International Herald Tribune (9 September) menyiarkan rencana oleh Marshall Auerback, jururunding strategik global Veneroso Associates.

Katanya: "Dunia tidak begitu menghiraukan Mahathir bin Mohamad pada Disember lalu ketika beliau mengadakan sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Asia di Kuala Lumpur. Kebanyakan penganalisis Barat menggambarkan Mahathir sebagai xenofob (antiasing) dan menganggap kata-kata anti-Baratnya sebagai hanya penyedap sidang.

"Mungkin itu adalah antara sebabnya, tetapi perhatian yang lebih seharusnya diberikan kepada sidang kemuncak Kuala Lumpur itu. Orang-orang Asia Tenggara sejak itu hanya mengangguk setuju pada pihak Barat tetapi tidak ada niat serius untuk melaksanakan penyelesaian IMF yang boleh memusnahkan masyarakat.

"Beberapa bank akan tutup dan beberapa badan korporat akan bergabung; pekerjaan akan hilang dan pinjaman akan diatur semula dan dijual. Akan tetapi dari Tokyo ke Jakarta, niat yang jelas adalah untuk menggalakkan suasana supaya rantau itu keluar dari kemelesetan tetapi mengelak perubahan struktur yang dianggap oleh IMF sebagai perlu."

"Saya adalah pendukung Keynes yang ketinggalan zaman,'' kata Kiichi Miyazawa pada hari dia dilantik sebagai Menteri Kewangan Jepun pada Julai lalu. Beliau kemudian menegaskan bahawa dia menyokong "pemulihan ekonomi, dan bukan reformasi.''

"Ini adalah lebih daripada pernyataan dasar; ia lebih mencerminkan strategi di samping taktik. Isunya bukan saja hasil ekonomi bagi suku tahun berikutnya tetapi pemeliharaan satu model ekonomi yang telah memajukan rantau ini pada kadar dan pada tempoh yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.

"Dalam konteks inilah yang perlu diperhatikan betapa Malaysia mengenakan kawalan modal. Wall Street dan Jabatan Negara Amerika Syarikat dilaporkan terkejut bahawa Mahathir mengambil langkah demikian. Mereka memang patut terkejut. Kini kita mempunyai satu kes kajian terhadap model yang berbeza daripada model ekonomi Inggeris-Amerika. Model Inggeris-Amerika meletakkan ciri-ciri utamanya sebagai pengaliran modal yang tidak terganggu.

"Dasar baru Malaysia ini telah mendorong bantahan yang tidak bersebab dari pusat-pusat kewangan Barat. Kawalan mata wang dikatakan akan menghapuskan keyakinan yang penting dan modal Barat yang berada di Malaysia akan lari.

"Apakah yang berlaku terhadap sejarah? Dengan beberapa pengecualian kecil, kawalan modal telah dilakukan di rantau ini semasa Perang Dingin - era keajaiban ekonomi Asia - tidak pernah menghalang pelaburan. China, Korea Selatan dan Taiwan masih mengekalkan kawalan. Mengenai larinya modal, angka-angka dalam pasaran Kuala Lumpur menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang seharusnya setia dan memiliki pelaburan jangka panjang telah lama meninggalkan negara ini.

"Difahami betul-betul, kawalan modal bertujuan untuk mengehadkan aliran masuk, dan bukannya aliran keluar. Mahathir telah membuat kesimpulan bahawa modal jangka pendek yang banyak daripada luar adalah suatu yang merosakkan pada sistemnya yang berasaskan pada kadar simpanan tinggi dan pinjaman korporat yang tinggi.

"Dikecam di Barat, tindakan Malaysia tidak dibantah di Asia Timur. Jika Malaysia berjaya mencetuskan pertumbuhan, sememangnya peluang untuk berjaya ada, ia menjadi satu petanda bagi kapitalisme Inggeris-Amerika menjadi hanya salah satu model di kalangan yang lain. Kita akhirnya akan mendapati dunia terbahagi kepada beberapa blok ekonomi sebagai hasil berpanjangan globalisasi,'' kata Auerbeck.

Malaysia munculkan model baru ekonomi

Maksud Auerbeck dalam tulisannya itu ialah jika Mahathir berjaya mengatasi kegawatan ekonomi Malaysia dengan cara kawalan modal itu, ia akan memunculkan satu model ekonomi kapitalis ala Malaysia, berbeza daripada model Inggeris-Amerika.

Jika kemudian negara-negara lain, khususnya di Asia mengambil contoh, maka ia menjadi model Asia Timur yang harus diterima oleh Barat sebagai sesuatu yang boleh berfungsi.

Auerbeck juga menulis:

"Ramai di Barat yang memandang Asia dan rantau-rantau lain hanya sebagai pasaran yang bertindak menurut logik pasaran dan bukan sebagai suatu masyarakat yang kompleks. Pemimpin-pemimpin Asia dalam kedudukan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan ini. Mereka mungkin tidak dapat menjadi pelaksana demokrasi yang berprinsip, tetapi kejayaan ekonomi mereka berkait rapat dengan kekuatan masyarakat nasional yang dicabar oleh globalisasi.

""Memang difahami di seluruh Pasifik bahawa globalisasi yang menyebabkan krisis Asia dan tidak secara logiknya sebagai penawar. Ada kalangan di Barat yang yakin bahawa globalisasi adalah suatu yang tidak dapat dielakkan. Sebenarnya tidak. Dunia tidak bersedia untuk menjadi satu.''

Pengganti Perdana Menteri bukan menjadi masalah

International Herald Tribune menyiarkan berita bertajuk "Malaysia bimbang terhadap penggantian Mahathir'' (7 September).

Media asing memang menjadikan isu ketiadaan pengganti Perdana Menteri sebagai suatu masalah dan akan menghalang keyakinan pelaburan.

Sedangkan perkara itu bukan suatu masalah besar. Perdana Menteri sendiri berkata, kalau apa-apa yang berlaku pada dirinya, UMNO akan bertindak dengan cepat untuk memilih antara dua Naib Presiden yang ada iaitu Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak. Prosedur sudah ada, dan itu tidak menjadi isu.

Akan tetapi media asing memang cuba memperbesarkan suatu masalah yang bukan masalah utama. Dahulu, ketika Suharto memerintah Indonesia, isu itu juga ditimbulkan. Mereka menggambarkan bahawa Indonesia akan menjadi masalah kerana Suharto tidak menyediakan penggantinya.

Sedangkan menurut perlembagaan Indonesia, perkara itu sudah jelas. Naib Presiden sudah ada iaitu B.J. Habibie. Ternyata apabila Suharto mengundurkan diri, Habibie dengan mudah diterima sebagai Presiden Indonesia. Walaupun ada bantahan dan gerakan reformasi, tetapi kekacauan bukan kerana soal penggantian Habibie.

Sebenarnya yang menjadi persoalan bagi mereka bukanlah sama ada pengganti atau tidak, tetapi soalnya sama ada pengganti mereka itu orang mereka atau tidak.

Jadi andai kata mereka tidak berpuas hati dengan Habibie, media asing akan mengacaunya lagi dan menyeru supaya digantikan dengan orang lain, mungkin atas nama reformasi. Begitulah hasrat mereka.

Selain yang mereka mahu adalah orang mereka, mereka juga mahu dasar-dasar kewangan yang menguntungkan mereka diterapkan di negara ini. Dasar-dasar yang menguntungkan mereka dan tidak mestinya menguntungkan rakyat negara ini.

Jadi dalam dasar kewangan Mahathir, mereka akan mengecamnya, dan malah mungkin cuba menggagalkannya kerana ia tidak menepati kepentingan spekulator Barat. Kebebasan media bagi mereka adalah apa yang berkhidmat untuk kepentingan kewangan Barat.

Sumber: utusan malaysia, 13 September 1998



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Kalau Dah Penipu Tue Memang Sampai Bila2 Pun Menipu @mediaumno @umbkl


Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang segala jentera propanda licik ini tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

Ia sekali gus meranapkan strategi Anwar dengan mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar dalam kempen fitnah pembangkang terhadap Perdana Menteri.

Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan oleh Anwar untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.

Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib elah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.

Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.

Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.

Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

Anwar beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.

Pembangkang pula sudah tidak ada lagi modal politik yang hendak di canainya lagi kecuali meroyan siang dan malam seperti orang hilang akal.

Pembangkang terpaksa bergantung kepada isu Scorpene kerana mahu menutup kepincangan parah yang berlaku di dalam kubu kuat PKR di Selangor.

PKR Selangor semakin goyah dan rapuh disebabkan pertelingkang berpanjangang di antara puak Azmin Ali dan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Malah suara sumbang mendesak Khalid meletak jawatan semakin lantang kedengaran dari kalangan pimpinan PKR negeri.

Pergolakan yang berlaku hanya mengesahkan bahawa pembangkang - PKR, PAS dan DAP - hanya gilakan kuasa dan apabila berkuasa mereka bergaduh sesama sendiri untuk merebut jawatan untuk kepentingan sendiri.

Pergolakan politik yang berlaku di Selangor dan pembohongan besar pembangkang dalam isu Scorpene adalah resipi terbaik yang akan memastikan mereka berkubur pada pilihan raya umum akan datang.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN