Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, May 16, 2012

Warkah Khas Sempena Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Guru YB @Rosnah_ARS


Assalamualaikum w.r.t..

Buat seluruh kaum wanita yang hebat lagi anggun..., khususnya yang telah bergelar ibu, emak, mummy, umi dan gelaran yang sejawatan dengannya, serta rakan-rakan seperjuangan di luar sana terutamanya adik-adik puteri yang penuh semangat waja.

Mei 2012 kali ini disambut dengan meriah sekali dengan pelbagai sambutan yang rata-ratanya menghargai jasa dan sumbangan kaum wanita dalam profession jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei, kemudian menyusul pula Hari Ibu pada 13 Mei yang sudah pasti membawa sejuta pengertian yang amat bermakna kepada seluruh kaum Ibu yang diraikan. Dan hari ini 16 Mei kita menyambut pula Hari Guru sempena mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa..

Ketiga-tiga elemen sambutan ini sudah pasti secara keseluruhannya memperlihatkan pada kita akan peranan dan sumbangan kaum wanita yang amat besar sekali. Lebih-lebih lagi jika wanita yang berkerjaya sebagai jururawat dan guru ini juga merupakan seorang ibu. Sudah pasti cabaran dalam membahagikan masa dalam kerjaya, keluarga dan sumbangan kepada komuniti masyarakat merupakan suatu cabaran kepada kaum ibu pada masa kini. Tetapi kita percaya dengan semangat yang ada serta tanggungjawab yang diamanahkan dilakukan dengan penuh upaya dan dedikasi oleh wanita-wanita yang punya semangat kental dalam menjalankan kewajipan mereka.

Saudari-saudari yang dikasihi...

Sambutan hari ibu pada tahun ini semestinya amat bermakna sekali, kerana disambut dengan sambutan hari jururawat sebelumnya dan kemudian disusuli dengan hari guru pula. Jika kita sedari sebenarnya seorang ibu itu juga berperanan sebagai jururawat dan guru peribadi kepada anak-anak mereka. Jika anak di rumah sakit, ibulah yang bersusah payah menjaga anak-anak mereka. Jika anak demam, ibulah yang sentiasa berada di sisi menemani anak-anak ini dengan memberikan ubat, menyuap makan dan sebagainya.. Dan apabila anak di rumah mengadu hal..ibulah tempat rujuk untuk memberikan nasihat serta teguran yang bernas demi memastikan anak-anak mereka kelak menjadi insan yang berguna, cemerlang dunia dan akhirat. Pengorbanan ibu ini amat berharga kerana hanya mereka sahaja yang tahu perit jerih mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang di samping tanggungjawab sebagai seorang isteri dan surirumah yang terpaksa melayan segala kerenah anak-anak dan keluarga..

Kadangkala kita tidak dapat menyelami hati para ibu ini betapa kadang-kala walau letih, walau penat sekalipun, mereka ini tetap melemparkan senyuman. Begitu juga dengan para jururawat yang melayan segala kerenah pesakit-pesakit dan para guru yang sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa. Justeru itu pengorbanan seorang wanita itu tidak dapat dinafikan akan jasa dan sumbangan mereka dalam stuktur sistem kehidupan sehari-harian.

Tanpa asuhan dan didikan dari seorang ibu maka tidak akan wujudnya generasi wanita yang maju di dalam semua bidang pada hari ini. Maka kita patut bersyukur serta menghormati para ibu tidak kira tua dan muda pada hari ini.. bak kata pepatah, “tangan yang menghayun buaian mampu untuk menggoncang dunia.”

Oleh yang demikian, sesungguhnya jasa ibu yang mewakili kaum wanita ini amat tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya. Cabaran dalam mendidik anak-anak dengan pelbagai pengaruh budaya luar pada masa kini sudah pasti memberikan tekanan kepada mereka. Namun kita percaya, berkat kesabaran seorang ibu itulah yang mampu mengharung segala arus dugaan yang mendatang. Petua Datuk Dr. Fadilah Kamsah, “jika mahu anak-anak mendengar kata, hormat dan patuh kepada kedua orang tua, selalu berikan anak-anak makan makanan lebihan dari ibu dan ayah..tetapi ibu dan ayah pula jangan sesekali memakan lebihan makanan daripada anak-anak..nanti ibu dan ayah pula yang akan menurut kata anak-anak..sudah terbalik la pula”. Amalan ini telah dilakukan oleh beliau sendiri kerana ini adalah petua dari ibunya sendiri dan masih diamalkan hingga kini kepada anak-anaknya pula. Amalan memberi anak memakan lebihan dari ibu dan ayah akan membuat anak-anak selalu ingat dan patuh kepada kedua orang tuanya.

saudari sekelian..

Kadangkala petua orang tua-tua amat berguna untuk kita amalkan walau pun kita sudah berada di zaman yang serba moden ini..Orang dulu-dulu penuh dengan pantang larang kerana mereka ini telah lebih dulu makan asam garam dari kita. Mereka lebih pandai mengatur kehidupan kerana telah melalui zaman perit yang serba kekurangan kemudahan asas dan sebagainya. Berbeza dengan kita pada hari ini yang telah tersedia segala kemudahan dan kesenangan.

Oleh yang demikian..sekali lagi di kesempatan ini, pada tahun ini saya mewakili seluruh warga Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengucapkan Selamat Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Guru pada hari ini. Ketiga-tiga skop bidang ini menyatakan kepada kita betapa pentingnya peranan wanita dalam kerjaya ini malah walaupun hanya suri rumah sepenuh masa tetap sama berat amanah yang dipikul demi memberikan yang terbaik dalam membentuk generasi akan datang. Jururawat pula, antara pejuang yang tidak didendangkan khidmat baktinya dalam menjaga dan merawat pesakit, manakala guru pula ibarat pelita yang membakar diri mendidik generasi hadapan dan IBU adalah segala-galanya bermula suatu perjalanan anak-anak meniti episod kehidupan mendatang. Dan sudah pasti seorang ibu merupakan jururawat yang sentiasa menjaga kesihatan anak-anak mereka dan guru sambilan yang mengasuh, mendidik anak-anak di rumah..Jasa dan pengorbanan ibu amat bermakna kepada semua. “IBU..Kaulah pelita hati yang menerangi kehidupan ini”.

Selamat Hari Jururawat Sedunia, Hari IBU dan Hari Guru 2012

Salam mesra penuh kasih sayang..,,,

YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap,

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN