Pendedahan oleh Raja Petra mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada masa itu untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Setiausaha Sulit beliau ketika itu, Azmin Ali berhubung siasatan kes kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya Shamsidar adalah bukan satu pendedahan yang mengejutkan. Malah, pendedahan ini terus mencerminkan peribadi sebenar pemimpin pembangkang ini yang telah campur tangan dalam siasatan BPR tersebut yang mana pada masa itu mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin atas kesalahan rasuah kerana mempunyai harta kekayaan yang luarbiasa walaupun hanya berpendapatan sebagai penjawat awam pada 17 tahun yang lalu.
AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali. |
|
Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya. |
|
Kenyataan pegawai BPR yang asal |
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi |
|
Pergerakan Puteri UMNO mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan atas pendedahan ini kerana ini juga melibatkan integriti Pegawai Kanan Badan Pencegah Rasuah pada masa itu yang telah bertindak di luar bidang kuasa sewaktu menutup kertas siasatan itu. Ini jelas bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin yang sentiasa mengecam kerajaan Barisan Nasional kini yang dikatakan penuh dengan amalan rasuah. Yang jelasnya, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini wajar disiasat dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemimpin pembangkang dan pihak-pihak yang terlibat dalam dakwaan ini.
Pergerakan Puteri UMNO juga ingin melihat penjelasan yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PKR seperi Zuraida, Nurul Izzah dan juga Srikandi PKR berhubung dengan dakwaan ini. Adakah mereka akan juga meminta supaya kes ini disiasat atau ada "double standard" dalam parti pembangkang ini kerana dakwaan ini melibatkan pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR. Jika benar dakwaan ini, pendedahan ini akan terus membuktikan kepincangan dan amalan rasuah yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PKR yang kononya mengamalkan kepimpinan yang telus dan bersih.
No comments:
Post a Comment