Doa Malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah! Tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum masuk bulan Ramadhan mereka tidak lakukan hal-hal berikut:
1. Tidak memohon maaf kepada orang tuanya (jika masih hidup)
2. Tidak bermaafan suami isteri
3. Tidak bermaafan dengan orang-orang sekitarnya
Dikesempatan yang ada ini kami ingin memohon kemaafan daripada rakan-rakan semua andai terdapat sebarang catatan atau coretanku yang telah menyinggung hati kalian. Kami hanya manusia biasa yang tak pernah lari membuat kesilapan. Semoga kita semua mendapat barakah Ramadhan ini. Selamat beriman dan Beramal.
Renungan:-
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
No comments:
Post a Comment