Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan wanita muda seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini. Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan "Dewan Muslimat Muda" telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu."Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti," katanya, sambil menambah usul itu dibawa oleh Dewan Muslimat Melaka.Keanggotaan pergerakan baru ini khusus buat mereka berusia 18 hingga 40 tahun sebagai satu lagi sayap politik untuk memantapkan perjuangan parti itu."Dewan Muslimat yang baru (dicadangkan) ini bukan untuk lawan sesiapa tetapi pelengkap gerak kerja PAS selama ini," kata Aiman Athirah.
Pendekatan dewan baru ini untuk membawa wawasan anak muda dengan gaya orang muda "untuk menjadikan generasi muda lebih terarah dalam politik dan pentadbiran negara", tambahnya.Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh. Cadangan ini termasuk daripada lima usul yang diterima dan dibahaskan minggu ini, sementara enam lagi usul diterima tanpa perbahasan.
Nota Puteri :-
Sebelum ini MIC telah mengambil langkah menubuhkan Puteri MIC dan kini nampaknya Dewan Muslimat PAS juga telah membawa usul untuk menubuhkan 'Puteri PAS' ala2 Puteri UMNO. Sebagai Puteri UMNO kita seharusnya merasa bangga kerana menjadi perintis kepada wujudnya pergerakan atau sayap politik yang terdiri daripada wanita muda. Siapa kata Puteri UMNO tidak relevan?
1 comment:
PUTERI RELEVAN DULU , KINI DAN SELAMANYA...
CUMA KITA PERLU KUATKAN SEMANGAT..
PEDULIK KAN APA ORG NAK KATA PASAL KITA...
KERJA KUAT.BANTU PULIHKAN PARTI KITA KITA NI... KITA ORANG MUDA KENA SENTIASA ADA SEMANGAT TU....
Post a Comment