Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, August 28, 2008









Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan MALAYSIA Ke 51.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN












UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 22, 2008

Malam semalam merupakan cawangan terakhir bersidang iaitu Cawangan Kampung Sejahtera. Mesyuarat malam tadi juga menyaksikan perlantikan Ketua Puteri yang baru Sharon Aida Ali menggantikan Fariesha Mohamad. Dengan berakhirnya mesyuarat cawangan malam tadi bermakna sahlah jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut milik Huzry Fionnawatty Hussein manakala Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut Norisah Hj Hakim.

Sedikit info sekitar persidangan cawangan-cawangan :-

Jumlah Keseluruhan Cawangan Puteri 23 cawangan

Cawangan yang bermesyuarat 19 cawangan

Cawangan Tidak bermesyuarat 2 cawangan – a). Medan Putra b). Kg Segambut Masjid

Mesyuarat ditangguhkan 1 cawangan – a). Kg Jln Kuching

Cawangan Penaja 1 Cawangan – a). Kg Segambut Bahagia

Jumlah Pencalonan :-

Ketua Puteri Bahagian 19 Pencalonan

Naib Ketua Puteri Bahagian 19 Pencalonan


G2
a). Mazni Suriya Mohamad - 19 Pencalonan
b). Siti Aisyah Che Pi - 12 pencalonan
c). Noorhasliza Mohamad Ali - 4 pencalonan
d). Nashua Fauzun - 3 pencalonan

Secara keseluruhan mesyuarat berjalan dengan lancar. Tidak ada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang mesyuarat cawangan berlangsung. Semua ahli puteri nampaknya semakin matang dalam proses membuat keputusan dan memilih ketua tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Tahniah buat semua cawangan-cawanagn yang telah bersidang.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, August 19, 2008

CHONG WEI IKRAR TEBUS KEKALAHAN (Ref: UTUSAN MALAYSIA)

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

Lee Chong Wei diapit oleh ibunya, Khar Kim Shooi (kanan) dan kakaknya, Lee Mei Ching sejurus tiba di KLIA semalam.

SEPANG - Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Chong Wei berikrar menebus kegagalan di Sukan Olimpik Beijing dengan mencapai kejayaan cemerlang di Kejuaraan Dunia yang akan diadakan pada tahun depan.

Katanya, Kejuaraan Dunia akan menjadi pengubat terbaik kepada dirinya setelah gagal beraksi dengan baik di China.

"Saya akan berehat selama seminggu selepas Sukan Olimpik Beijing. Selepas itu, saya akan kembali menjalani latihan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi Kejuaraan Dunia," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing semalam.

Sepanjang pertembungan kedua-dua pemain sejak empat tahun lalu, Lin Dan berjaya memperoleh kemenangan sebanyak 10 daripada daripada 15 pertemuan.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, sasaran menjuarai Kejuaraan Dunia adalah matlamat utamanya dan dia berhasrat menjadi atlet badminton pertama negara ini yang memenangi kejuaraan tersebut.

Sehubungan itu katanya, dia masih mengharapkan sokongan padu rakyat Malaysia untuk dirinya dan dia juga memohon maaf di atas kegagalannya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Beijing.

"Saya tidak mahu memberi banyak alasan di atas kegagalan di China. Apa yang boleh saya katakan, Lin Dan bermain dengan baik sekali pada malam perlawanan akhir itu dan saya amat kecewa kerana tidak dapat memperoleh pingat emas untuk negara.

"Saya kini lebih bersemangat untuk berlatih bagi menghadapi Kejuaraan Dunia tahun depan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan Dan, Chong Wei berkata, dia tidak menyangka Dan mempunyai kekuatan luar biasa dan beraksi dengan cemerlang.

Malah katanya, Dan turut menyatakan bahawa dia sendiri terkejut dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan olehnya itu.

Diusik mengenai jumlah ganjaran sebanyak RM300,000.00 daripada kerajaan akan digunakan olehnya untuk berkahwin, Chong Wei hanya tergelak dan menegaskan bahawa dia ingin memberi tumpuan kepada kerjaya sukan terlebih dahulu.



SP:- Sekalung tahniah buat Chong Wei di atas kejayaan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan seperti apa yang telah dicapainya di Beijing. Semoga kejayaan Chong Wei menjadi pembakar semangat kepada atlet2 lain untuk terus mengharumkan nama MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH!!


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, August 17, 2008

Jurufoto Dipukul, Puteri UMNO diraba (ref : www.emysamsudin.blogspot.com)


Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.

Sementara itu,Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.


Ulasan Fionna:-

Orang-orang mcm ni ke yang kita harapkan untuk mentadbir negara? Tidak tahu menghormati wanita, pukul orang sesuka hati seolah-olah negara tidak ada undang-undang. Kita adalah manusia yang bertamadun. lebih-lebih lagi kita telah melepasi angka 50 tahun kemerdekaan. Jangan terlalu TAKSUB kepada seseorang pemimpin hingga sanggup bertindak diluar batasan. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka-mereka ini yang bersikap ekstrem ini adalah anak melayu dan beragama islam yang terkenal dengan adat resam dan sopan-santun.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL


Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Sri Angsana pada 16hb Ogos 2008 yang bertempat di Dewan Sri Angsana.

Kehadiran ahli-ahli puteri sangat memberangsangkan tetapi yang menyedihkan apabila masing-masing tidak menunggu sehingga tamatnya Mesyuarat Cawangan. Keadaan ini telah menyebabkan Mesyuarat Cawangan terpaksa ditangguhkan kerana korum tidak cukup kerana ada segelintir ahli puteri dan pemuda yang telah pulang.

Seharusnya setiap ahli perlu sedar tanggungjawab masing-masing terhadap cawangan. Bukan bila mesyuarat puteri dah habis kita pun dah boleh balik. Kita masih ada lagi tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan dan menjadi iktibar kepada cawangan-cawangan yang lain.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 15, 2008

WAJAH-WAJAH PUTERI






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Mesyuarat Puteri Cawangan Taman SPPK





Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Taman SPPK telah berlangsung malam tadi di Dewan Taman SPPK. Buat pengetahuan, Taman SPPK merupakan cawangan kepada Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Huzry Fionnawatty Hussein. Mesyuarat malam tadi sekali lagi menyaksikan jawatan Ketua Puteri Taman SPPK masih kekal menjadi milik Fionna tetapi barisan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan menampilkan muka-muka baru yang diharap akan dapat membantu pentadbiran Puteri cawangan.

Setakat ini pencalonan bagi jawatan Ketua, Naib Ketua dan barisan AJK Puteri Bahagian nampaknya berjalan lancar tetapi bagi pencalonan G2 setakat malam tadi menyasikan 4 calon bertanding bagi merebut tempat ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pada bulan Disember nanti. Agak memeranjatkan kerana sebelum ini 3 calon menawarkan diri untuk G2 tetapi dalam Mesyuarat Puteri SPPK malam tadi menyaksikan nama Noorhasliza Mohamad Ali (Ketua Puteri Sri Angsana) dicalonkan bersama-sama dengan Mazni Suriya Mohamad (Ketua Puteri Kg Sg Udang). Manakala 2 calon lagi Siti Aisyah Che Pi (Ketua Puteri Tmn Sri Segambut) dan Nashua Fauzun (Ketua Puteri Damansara Heights).

Kepada semua calon yang bertanding G2, semoga berkempen dengan cara yang sihat dan berhemah dan kepada semua perwakilan puteri yang telah dipilih dalam mesyuarat cawanag masing-masing diharap pilihlah calon yang anda rasa layak.

Nota :- Gambar-gambar mesyuarat cawanagn puteri SPPk akan diupdate kemudian.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YB DATO


Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yang ke 53 (maaf ye Dato KA kalau silap) untuk Ayahanda Ketua UMNO Bahagian Segambut yang kami hormati YB Senator Dato Kamarudin Hj Ambok pada hari ini 15hb Ogos 2008.
Semoga YB Dato dimurahkan rezeki, dipanjang usia, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat kepada warga Segambut. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut sentiasa menyokong kepimpinan YB Dato Kamarudin Hj Ambok.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, August 13, 2008

MESYUARAT CAWANGAN PUTERI MINGGU KE 5

Jadual terkini Mesyuarat Puteri Cawangan :-

a. 14hb Ogos - Taman SPPK (8.00pm) Dewan SPPK
b. 16hb Ogos - Sri Angsana (8.00pm) Dewan Sri Angsana
c. 17hb Ogos - Taman Kok Doh (3.00pm) Dewan Utama UMNO Bahagian Segambut
d. 17hb Ogos - Kg Jalan Kuching (3.00pm) Blok F PPR Beringin

Sila ambil perhatian dan kemaskini jadual anda.

Terima kasih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, August 12, 2008

Dewan Muslimat Usul Tubuh 'PUTERI PAS'

Sumber : MALAYSIAKINI

Dewan Muslimat PAS bercadang membawa usul menubuhkan pergerakan wanita muda seumpama Puteri Umno dalam muktamar tahunannya minggu ini. Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi memberitahu Malaysiakini hari ini, usul menubuhkan "Dewan Muslimat Muda" telah diterima dan akan dibahaskan oleh perwakilan dewan itu."Besar kemungkinan usul tersebut akan dibawa ke muktamar penuh nanti," katanya, sambil menambah usul itu dibawa oleh Dewan Muslimat Melaka.Keanggotaan pergerakan baru ini khusus buat mereka berusia 18 hingga 40 tahun sebagai satu lagi sayap politik untuk memantapkan perjuangan parti itu."Dewan Muslimat yang baru (dicadangkan) ini bukan untuk lawan sesiapa tetapi pelengkap gerak kerja PAS selama ini," kata Aiman Athirah.
Pendekatan dewan baru ini untuk membawa wawasan anak muda dengan gaya orang muda "untuk menjadikan generasi muda lebih terarah dalam politik dan pentadbiran negara", tambahnya.Beliau menjelaskan, kira-kira 300 perwakilan termasuk barisan ahli jawatankuasa Muslimat dijangka hadir ke muktamarnya pada 14 Ogos di Ipoh. Cadangan ini termasuk daripada lima usul yang diterima dan dibahaskan minggu ini, sementara enam lagi usul diterima tanpa perbahasan.
Nota Puteri :-
Sebelum ini MIC telah mengambil langkah menubuhkan Puteri MIC dan kini nampaknya Dewan Muslimat PAS juga telah membawa usul untuk menubuhkan 'Puteri PAS' ala2 Puteri UMNO. Sebagai Puteri UMNO kita seharusnya merasa bangga kerana menjadi perintis kepada wujudnya pergerakan atau sayap politik yang terdiri daripada wanita muda. Siapa kata Puteri UMNO tidak relevan?

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, August 7, 2008

MESYUARAT PUTERI CAWANGAN MINGGU KEEMPAT

Jadual untuk Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan-cawangan Minggu Keempat :-

a. 10hb Ogos 2008 - Tebing Kali di Dewan Utama Pejabat UMNO Bahagian Segambut - 2pm
Wakil Puteri Bahagian : Masazurawani Mohamad

b. 10hb Ogos 2008 - Kampung Pasir di Dewan Orang Ramai Kg Pasir - 3pm
Wakil Puteri Bahagian - Noorhasliza Mohamad Ali
Normi Ramli

c. 10hb Ogos 2008 - Kampung Segambut Tengah di Dewan Kampung Segambut Tengah - 3pm
Wakil Puteri Bahagian - Norasharana Abdul Malik

Sila ambil perhatian dan kemaskini jadual anda.


Terima kasih.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Saturday, August 2, 2008

MENARIK DARI WILAYAHKINI

PUTERI DI WP SUDAH MULA LANTANG DAN BANGKIT SEMULA ! PENCARIAN BERMULA ..........APA LAGI SELEPAS INI...
Pertandingan merebut jawatan Ketua Puteri Seputeh semakin sengit sehingga Wilayahkini turut menerima beberapa emel selain dari komen yang dihantar. Sepertimana sebelum ini, Wilayahkini akan terus mengamalkan pendekatan neutral. Sebelum ini , sepertimana diketahui umum, Wilayahkini telah menyiarkan banyak berita mengenai perkembangan Puteri di WP yang menjurus kepada sebelum dan selepas PRU 12.Kita juga amat kecewa dengan kepimpinan Puteri UMNO WP dibawah Azlinda Rashad yang telah mengabaikan tangungjawabnya sebagai Ketua Puteri WP selama ini sehingga nasib Puteri di WP menjadi tanda tanya.Fikirkanlah.
Melalui Wilayahkini ramai ahli - ahli Puteri sudah mula berani, lantang menyuarakan pandangan mereka.Ini jelas menunjukkan kesungguhan , kesetiaan mereka kepada UMNO khususnya berjuang untuk memartabatkan nama Puteri UMNO.Wilayahkini akan terus memberikan liputan yang tidak berbelah bahagi kepada berita - berita yang melibatkan Puteri UMNO di WP supaya ianya dapat "diangkat" oleh media - media tempatan.Kami juga telah menegur calon Ketua Puteri Nasional Ismalina Ismail beberapa kali. Cuma Wilayahkini tidak nampak sokongan dari WP kepada Ismalina secara terbuka memandangkan beliau adalah dari WP.
Wilayahkini juga difahamkan pertandingan merebut kepimpinan Puteri di beberapa bahagian semakin sengit.Emel kepada kami kenyataan akhbar, berita dan sebagainya bersama gambar.Kami akan siarkan.Kami cuma ingin menegur komen-komen yang terlalu personal dapat dielakkan.Sekiranya terlalu peribadi , kami tidak akan siarkan.Dalam isu Seputeh, kami melihat "face off" antara Azliza dan Mona perlu dilihat dalam sudut yang positif.Jangan kita terlalu ghairah.Bertandinglah diatas kemampuan sendiri dan "track record" yang ada. Wilayahkini juga berharap Puteri Seputeh dapat menghidupkan semula laman webnya di www.puteriseputeh.com yang lama telah terbengkalai begitu sahaja. Ini juga merupakan tanggungjawab anda. Tak perlu kaitkan isu - isu sensasi seperti minyak dagu dan sebagainya.
Di Segambut , Wilayahkini difahamkan, Fiona dijangka menang tanpa bertanding. Di Setiawangsa pula, Seri Wani dijangka menang tanpa bertanding selepas Roziana bersara. Di Wangsa Maju juga saingan dikatakan sengit selepas Ismalina.Di Bukit Bintang dan Labuan , Leni dan Rahimah dijangka menang tanpa bertanding juga. Cuma kini ramai Puteri juga sudah mengintai peluang untuk bertanding jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia.
Sumber berita dari : www.wilayahkini.blogspot.com

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 1, 2008

SANTAPAN ROHANI


Orang beriman sentiasa inginkan kesempurnaan

Imam Muslim meriwayatkan melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah r.a. bahawa ketika turunnya ayat 284 sebelum ini, yang menjelaskan Allah SWT akan melakukan perhitungan terhadap apa yang diperbuat oleh manusia, baik oleh anggota tubuhnya mahupun hati, yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi, maka sebahagian sahabat mengeluh kepada Rasulullah SAW.

Mereka berkata: “Kami telah dibebani tugas yang tidak mampu kami pikul.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kalian akan berucap seperti Bani Israel, Kami mendengar tetapi kami tidak memperkenankan?” Ucapkanlah, “Kami dengar dan kami taati, ampunilah kami, (Wahai Tuhan Kami) dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

Allah SWT menyambut permohonan mereka dan turunlah penjelasan atau pembatalan menurut sesetengah tentang apa yang menggusarkan mereka melalui ayat 286 selepas ini, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Al-Biqa’i menilai ayat ini sebagai penutup surah al-Baqarah yang sangat serasi dengan pembukaannya. Di sana pada pembukaan, dihuraikan sifat-sifat orang mukmin yang percaya kepada kitab yang tidak mengandungi sedikit keraguan pun.

Maka di sini pun ia tutup dengan pernyataan percaya pada apa yang diturunkan Allah SWT setelah menjelaskan soal nafkah yang juga merupakan huraian awal surah ini, dalam bentuk yang serasi dan berkait rapat dengan tuntutan perintah dan larangan-Nya, serta pengungkapan sifat-sifat terpuji bagi hamba-Nya, terutamanya Rasulullah SAW.

Dari sini dapat dilihat, penutup ayat ini membincangkan tentang keimanan Rasul dan pengikut-pengikut baginda berkaitan kitab yang diturunkan kepada baginda dan kitab-kitab sebelumnya serta seluruh Nabi dan Rasul. Ia turut menghuraikan ucapan-ucapan mereka yang menunjukkan ketaatan dan kekhusyukan mereka.

Dalam ayat ini, seakan-akan ada yang bertanya: “Kini berakhir sudah huraian ayat ini, bagaimana sikap orang-orang yang kitab ini diturunkan kepada mereka?” Jawabnya adalah, firman Allah SWT: Semuanya beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) dari Rasul-rasul-Nya.

Al-Sonhaji berkata: “Setiap seorang dari mereka percaya akan adanya Allah SWT mentauhidkan-Nya serta tidak menyekutukan Allah. Percaya akan adanya malaikat, percaya kepada semua kitab yang diturunkan dari langit yang merupakan wahyu, yang masuk meresap ke hati para Rasul itu. Tidak seperti ahli kitab yang percaya kepada setengahnya dan ingkar kepada setengah yang lain”.

Firman Allah SWT: Dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”.

Al-Maraghi berkata: “Mereka (orang yang beriman) berkata, bahawa Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran kepada mereka lalu mereka dengar ajaran itu dengan penuh perhatian, lalu mereka mentaati perintah dan larangan-Nya dengan penuh rasa penuh ketundukan dan penyerahan. Inilah yang mendorong jiwa untuk melakukan perintah Allah SWT dengan jalan yang sebaik-baiknya, kecuali dalam keadaan dihalang oleh sesuatu yang tidak dapat dielakkan”.

Orang yang beriman dengan ikhlas akan menghitung kekurangan-kekurangan dirinya sendiri selepas wujudnya rintangan-rintangan yang datang kepada mereka. Mereka hanya inginkan kesempurnaan.

Al-Sonhaji berkata: “Mereka bersedia menerima perintah-perintah yang disampaikan oleh para Rasul dan berikrar mentaatinya tidak menderhakainya. Oleh sebab itu bersegeralah mereka mengamalkannya, kecuali jika dalam keadaan kepayahan atau berhalang.

“Namun orang yang hatinya tulus ikhlas, enggan berhenti walaupun kepayahan atau berhalangan tetap bercita-cita akan menyempurnakan amalan secukupnya dan jika tidak dapat, mereka menganggap dirinya cuai”.

Sebab itulah mereka memohon: “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

Al-Sonhaji berkata: “Allah telah memulai surah al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa al-Quran itu jangan diragukan, kerana ada mengandungi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.

Lalu Allah menjelaskan sifat-sifat mereka dengan pokok keimanan yang mereka pegang. Kemudian Allah SWT menyebutkan pula keadaan orang-orang yang kufur dan ragu-ragu.

“Seterusnya dijelaskan pula beberapa hukum-hukum agama seperti solat, zakat, puasa, haji, talak, ila’, haid, jihad dan kisah para Nabi, dan Allah SWT telah menghujah kaum terdahulu yang sesat khasnya kaum yahudi. Maka Allah SWT mengakhiri surah al-Baqarah ini dengan menyebutkan, bahawa pesuruh-Nya iaitu Nabi kita, Muhammad SAW telah beriman dengan apa yang diturunkan-Nya. Begitu pula orang-orang mukmin.

“Kesudahan dari keimanan itu, orang-orang mukmin telah dapat menyucikan jiwa dan hati mereka, tinggi himmah sehingga mencapai puncak ketinggian yang menakjubkan di dunia.

“Misalnya usaha mereka gilang-gemilang, dapat membuka beberapa negeri di dunia ini dengan menggunakan siasatan keadilan dan kebijaksanaan yang tidak dapat dimungkiri sekalipun oleh musuh Islam sendiri.

“Sejarah telah mencatat, bahawa dewasa ini manusia sedang dalam lembah kejahilan dan ditindas pula oleh kerajaan-kerajaan besar yang ada pada masa itu.

Tetapi mereka telah dapat diselamatkan oleh orang-orang mukmin dari dibelenggu perhambaan, terlepas dari penjajahan dan kemudiannya dapat menghirup udara kebebasan yang tidak pernah mereka rasakan sebelumnya. Cukuplah Allah SWT menjadi saksi bagi mereka”.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN