Alhamdulillah..
Datuk Ahmad Maslan buat terjahan ke sekitar kawasan Chow Kit awal pagi tadi.
Datuk Ahmad Maslan buat terjahan ke sekitar kawasan Chow Kit awal pagi tadi.
Bukan pergi terjah peniaga-peniaga haram, ataupun maknyah ataupun
pelacur. Tetapi terjahan tersebut lebih kepada mencari dan merapati
golongan gelandangan di sekitar kawasan tersebut.
Namun bukan sahaja golongan gelandangan ini diberikan makanan dan minuman bersahur bahkan para peniaga di situ juga turut diberikan juadah bersahur. Pemberian ini lebih kepada sebagai tanda ingatan dan silaturahim bersama antara satu sama lain.

Program Sahur Nur Ramadhan di Chow Kit kali ini begitu meriah dengan
penglibatan ramai sukarelawan dari pelbagai lokasi dalam Wilayah
Persekutuan.
Dalam ucapan ringkas semalam Datuk Ahmad Maslan menyatakan UMNO BN akan terus membela nasib rakyat yang tidak bernasib baik.
Turut hadir ialah Haji Nasir Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Selain majlis turut diserikan dengan kehadiran ayahanda-ayahanda dari PERMAS
Turut hadir ialah Haji Nasir Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Selain majlis turut diserikan dengan kehadiran ayahanda-ayahanda dari PERMAS
Nampaknya UMNO melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diletakkan
di bawah sayap Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Sekretariat Hal Ehwal Bandar
(SHEB) sekali lagi terus berkhidmat tanpa sempadan kepada semua
peringkat golongan.
Sekalung tahniah kepada SHEB dan mereka yang terlibat menjayakan program
bersama golongan gelandangan yang diangkat sama taraf seperti rakyat
Malaysia yang lain.
Baca selanjutnya di blog REZQEEN HILL
No comments:
Post a Comment