Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, August 17, 2012

PAS JADI LEMBU DITARIK HIDUNG DALAM PAKATAN RAKYAT @umbkl

Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.


Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.


PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

2 comments:

nasirwise said...

USTAZ NASHARUDIN MAT ISA DAN PAS
sekadar pandangan...

Saya merujuk kepada tulisan seorang ahli PAS Melaka untuk ditujukan khas buat Ustaz Nasharudin Mat Isa. Beliau seorang penyokong kuat parti PAS dan merupakan pemimpin di salah satu cawangan di Melaka. Sudah 30 tahun menjadi ahli PAS. Besarnya pengorbanannya dan kesetiaannya.
Beliau menulis menyatakn keresahannya terhadap 2 perkembangan yang berlaku dalam PAS (walaupun banyak perkembangan lain yang melanda PAS). Pertamanya apabila beliau melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apabila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor.
Keduanya merujuk kepada percakapan bohong oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (dituliskan beliau jijik dan tak sanggup beliau nak tulis namanya di sini), di hadapan jutaan umat Islam lain kononnya DAP telah bersetuju untuk melaksanakan hudud. Penulis menambah yang Ketua Pemuda Ustaz Nasaruddin Tantawi juga berbohong.
Penulis tidak akan merasa terkilan jika yang berbohong itu seorang pencuri atau yang yang kurang berpendidikan agama Islam.
Beberapa hari yang lalu dengan tersiarnya gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Malaysia di Mekah. Ada pemimpin PAS seperti Tok Guru Nik Aziz dan Khalid Samad meroyan dan mengacau. Keluarlah kenyataan seperti `Ustaz Nasha baik keluar PAS’, `Ustaz Nasha tidak dapat jawatan’, `Ustaz Nasha akan masuk UMNO’ dan sebagainya. Begitulah `buruk sangkanya’ pimpinan PAS terhadap Ustaz Nasha.
Sekembalinya dari Mekah tadi beliau mengadakan siding akhbar dan menjelaskan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS. Antaranya beliau menjelaskan:-
`Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam’
Ustaz Nasha juga menafikan khabar angin yang beliau akan masuk UMNO.
Jelas sekali Ustaz Nasha berusaha menyatukan umat Islam di Malaysia dan di dunia Islam antarabangsa. Biarlah Ustaz Nasha memainkan peranan di sana kerana di Malaysia dah terlalu ramai player.
Berbalik kepada penulisan ahli PAS dari Melaka tadi, beliau tidak terjawab satu soalan daripada anak beliau yang menanyakan `benarkah apa yang kita (PAS sebagai parti politik dan ahli PAS) sema ini wahai ayah?’.
Untuk mendapatkan pendapat penulis sila ke nasirwise.blogspot.com atau tunggu Part 2 menyusul
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

nasirwise said...

USTAZ NASHARUDIN MAT ISA DAN PAS
(Part 2)
Penulis berpendapat ini adalah realiti PAS dan kebanyakan ahli PAS (Ahli PAS dan penyokong PAS di Kelantan majoritinya masih setia (taksub) dengan pimpinan). Ahli PAS berada di dalam keadaan `confusion' dalam banyak isu atau perkara termasuklah fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz yang berubah ubah dan ada yang bertentangan. Pemecatan Dato Hassan Ali yang cuba mempertahankan akidah Islam, penjenamaan semula negara Islam ke negara kebajikan, perlaksanaan hudud serta penetangan keras DAP, rakan PAS dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya. Dalam banyak hal, kepimpinan PAS terpaksa tunduk pada DAP, pembohongan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Ulamak Kelantan. Tok Guru Nik Aziz pula berkata Pakatan Rakyat akan laksana hudud selepas PRU13 jika dapat 2/3 majoriti. Jangan berbohong dengan ahli PAS dan penyokong PAS (dan perbezaan. Jikalau ahli PAS sudah confuse, penyokong PAS akan lebih confuse dan boleh tukar sokongan)dalam semua perkara. Pembohongan begini dilaknati Allah dan berdosa.
Penulis turut berpendapat pimpinan UMNO jangan meneguk di air yang keruh. Jangan tarik Ustaz Nasha ke dalam UMNO kerana Ustaz Nasha berpotensi dan berkeupayaan menyatupadukan umat Islam di Malaysia, jika kita semua menyokong dan mendoakan Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS selepas Tok Guru Haji Hadi. Jika Ustaz Nasha masuk UMNO, beliau dan mungkin pengikutnya 10,000 atau 100,000 ahli dan penyokong PAS (unjuran optimis) atau 1,000 ahli dan penyokong PAS (pesifmis) akan menjadi ahli UMNO tetapi UMNO gagal dalam penyatuan umat Islam.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN