Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, April 18, 2012

Segambut Banjir Kali ke 2 Dalam Tempoh Tak Sampai 2 minggu - @JDB27 @limlipeng @princeszfionna



SP tumpang simpati dengan nasib penduduk-penduduk di Kampung Segambut Bahagia, Segambut kerana masalah banjir yang semakin kerap kebelakangan ini. Menurut salah seorang penduduk di kampung tersebut yang juga merupakan mangsa banjir menerusi perbualan telefon bersama SP sebentar tadi, kejadian banjir ini semakin kerap berlaku berikutan daripada masalah perparitan yang teruk daripada kawasan pembinaan berhampiran kawasan perumahan mereka.



Menurut beliau lagi dalam tempoh tidak sampai seminggu telah berlaku 2 kali kejadian banjir dan menurut beliau kejadian sebentar tadi lebih tinggi paras air yang naik berbanding kejadian hari Khamis yang lepas. Beliau merayu kepada pihak-pihak yang berwajib agar dapat membantu menyelesaikan masalah yang menghantui mereka sejak tahun lepas lagi.



Gambar di bawah ni pulak keadaan jalan raya di hadapan rumah SP selepas hujan lebat selama 2 jam petang tadi. Dah tak boleh nak beza jalanraya dengan sungai.









UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN