Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, June 20, 2008

PEMILIHAN UMNO CAWANGAN MUNGKIN DITANGGUH

UMNO mungkin menangguhkan pemilihan peringkat cawangan parti itu yang dijadualkan pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang diadakan di Perlis. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

‘‘Penangguhan pemilihan cawangan ini pada dasarnya perlu dilakukan memandangkan UMNO terpaksa berhadapan dengan pilihan raya kecil DUN Sanglang.
‘‘UMNO perlu menumpukan pada pilihan raya ini memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lepas,’’ katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kangar hari ini yang memutuskan kerusi DUN Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu. Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Pemilihan UMNO di peringkat Pusat akan diadakan dari 16 hingga 12 Disember ini manakala pemilihan cawangan dan bahagian bermula lebih awal iaitu masing-masing dari 17 Julai hingga 24 Ogos manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November. Tengku Adnan memberitahu, tumpuan perlu diberi kepada pilihan raya kecil memandangkan terdapat banyak isu yang perlu diperjelaskan kepada masyarakat.

Katanya, UMNO perlu bekerja kuat untuk memenangi hati pengundi di kawasan Sanglang memandangkan banyak isu yang boleh dimanipulasikan oleh parti pembangkang.
Oleh itu, tegasnya, adalah wajar untuk menangguhkan pemilihan bagi membolehkan pilihan raya kecil DUN Sanglang dapat ditumpukan 100 peratus.

Abdullah Hassan yang merupakan calon BN diisytiharkan pemenang kerusi negeri Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperoleh 3,384 undi manakala Hashim memperoleh 3,235 undi pada pilihan raya umum lepas. -utusan
Artikel dipetik dari Portal Puteri UMNO Malaysia

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN