Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, September 7, 2007

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya

sejarah silam tiada maknanya

sekiranya bangsa tercinta terpinggir

dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemerdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan,

kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,

bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita

kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara

malah penakluk terkemuka?


Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang

membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesaikerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


Tun Dr. Mahathir Mohamad

Mei 1996



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN