Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, February 4, 2010

SEKITAR PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PUTERI BERSAMA BINTANG MYSTARZ LG


Para finalis Mystarz LG bergambar kenangan bersama sama Puan Zakiah serta Ketua UMNO Segambut, Ketua Wanita, Ketua Pemuda serta Ketua Puteri & Naib Ketua Puteri Segambut.















Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berpegang kepada pepatah itu, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut dengan kerjasama UMNO Bahagian Segambut dan Mystarz LG TV3 telah bersama sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Zakiah sekeluarga.


Sumbangan berbentuk peralatan elektrik, peralatan dapur, keperluan rumah, kelengkapan bilik tidur dan barang barang makanan telah disampaikan oleh YB Senator Dato Kamarudin Hj Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut.


Para finalis Mystarz LG juga telah turut sama mengecat rumah Puan Zakiah. Keceriaan jelas terpancar di wajah Puan Zakiah dan anak anak ketika menerima sumbangan.
Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu meringankan beban Puan Zakiah sekeluarga.






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, January 31, 2010

Brainstorming Session Puteri Segambut 2010

Selamat berkursus kepada sahabat-sahabat Puteri UMNO Bahagian Segambut yang bakal mengikuti Program Brainstorming Puteri UMNO Bahagian Segambut 2010 pada 31hb Januari sehingga 1hb Februari 2010. Jadikan program ini sebagai platform untuk menjana idea-idea yang bernas bagi memantapkan lagi Puteri UMNO Segambut.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, October 1, 2009

BELASUNGKAWA UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM ENCIK AHMAD AWANG

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah menerima berita tentang pemergian Allahyarham Encik Ahmad Bin Awang Ketua UMNO Cawangan Bukit Kiara. Beliau yang sebelum ini terlantar sakit di rumah telah meninggal dunia pada 30hb September 2009 di rumah beliau di Desa Moccis, Sg Buloh Selangor Darul Ehsan. Allahyarham merupakan bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Segambut dan juga beberapa tahun mempengerusikan Jawatankuasa Usul UMNO Bahagian Segambut.

Seluruh keluarga Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan takziah kepada keluarga alllahyarham di atas pemergian beliau dan semoga roh allahyarham ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, September 24, 2009

GAMBAR GAMBAR PROGRAM JOM RAYA PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT









Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut pada tahun ini sekali lagi dapat meraikan anak-anak yatim dan kurang berkemampuan untuk berbelanja sempena kedatangan Syawal. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya penerima sumbangan dibawa membeli belah di Metrojaya Bukit Bintang dengan menaiki kereta AJK-ajk Puteri Bahagian Segambut. Program bermula seawal 9.00 pagi dan penyampaian sumbangan pakaian dan duit raya telah diadakan di sebelah petang dalam program Nur Ramadhan anjuran UMNO Bahagian Segambut. Bagi pihak Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Puteri Bahagian yang telah rela hati membawa mereka ini membeli-belah dengan menaiki kenderaan sendiri tanpa mengharapkan ganjaran. Semoga Allah SWT membalas segala jasa-jasa kalian.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN