Sejenis ketumbuhan pada payudara yang cepat membesar dan merebak. Merupakan pembunuh nombor satu wanita. Jika tidak dikesan dan dirawat diperingkat awal akan menyebabkan kematian.
Insiden : 1 dari 25 wanita berusia lebih 50 tahun
APAKAH FAKTOR –FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA?
1) Sejarah kanser pada sebelah payudara
2)Mempunyai sejarah keluarga terdekat mendapat kanser payudara.
3) Tidak melahirkan anak/anak pertama pada usia melebihi 30 tahun.
4) Menarki awal & menopos yang lambat
5) Diet: kandungan lemak haiwan yang tinggi
6) Wanita yang tidak pernah menyusukan anak
7) Mengambil pil penggantian hormon pada jangka panjang
* Nota: Walaupun mereka yang mempunyai faktor risiko lebih berkemungkinan mendapat kanser, ini tidak bermakna mereka yang tidak berisiko tidak akan mendapatnya.
APAKAH TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA?
1) Kebanyakan tanda awal adalah ketulan atau ketumbuhan yang tidak sakit pada payudara.
2)Perubahan rupa bentuk payu dara/ puting / kulit payu dara.
3) Terdapat ketulan pada ketiak.
4) Terdapat lelehan berdarah atau berbau daripada puting (jarang berlaku)
BAGAIMANA CARA MENGESAN KANSER PAYUDARA?
Oleh kerana pada peringkat awal ketumbuhan ini tidak sakit, kewujudannya tidak disedari sehingga ia membesar dan menyebabkan perubahan bentuk payudara. Pada peringkat ini biasanya kanser telah merebak ke bahagian lain tubuh dan sukar dirawat.
Oleh itu pemeriksaan sendiri payudara secara berkala amat penting untuk diamalkan oleh setiap wanita.Pemeriksaan ini akan dilakukan serta diajarkan kepada pelanggan semasa mereka datang untuk pap smear.
Digalakkan melakukan pemeriksaan ini pada hari kelima datang haid atau bagi mereka yang telah putus haid pada setiap 1 haribulan.Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berjumpa dengan doktor di klinik berhampiran.
KAEDAH PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (BSE)
LANGKAH 1
Bermula dengan payudara kanan, gunakan tangan kiri. Letak bantal di bahu kanan untuk menaikkan bahagian yang akan diperiksa. Letak tangan kanan di bawah kepala. Guna tapak jari-jari untuk mengesan benjolan.
LANGKAH 2
Periksa seluruh payudara dalam corak urutan menegak bermula dari ketiak. Buat pusingan ringan kemudian tekan dengan kuat ke atas dan kebawah.
LANGKAH 3
Bermula dengan bahagian atas, buat pusingan besar dan mengecil hingga sampai ke puting. Lakukan dua kali dengan tekanan ringan dan tekanan kuat.
LANGKAH 4
Menggunakan kedua-dua tangan, tekan payudara untuk memastikan tiada lelehan yang luar biasa.
LANGKAH 5
Periksa bahagian ketiakdengan teliti. Kemudian ulang semulalangkah 1 hingga 5 bagi payudara kiri
No comments:
Post a Comment