Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, January 3, 2009

Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu





Sepertimana yang kita semua tahu Pilihanraya Kecil akan diadakan di Kuala Terengganu berikutan kekosongan bagi kerusi di parlimen itu. Bagi ain tujuan itu, setiap puteri bahagian di dalam Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menghantar seorang petugas bagi jentera Puteri untuk bertugas di sana bagi tempoh 2 minggu.

Puteri Segambut telah menghantar Wan Izwany Abdul Malik, AJK Puteri UMNO Bahagian sebagai petugas di sana. Rombongan petugas dari WP akan bertolak malam esok.

Kami dari team IT Blog Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan selamat bertugas kepada Wani dan semoga dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional.
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, December 30, 2008

PROGRAM

Biro Kebudayaan dan Biro Latihan Puteri UMNO Bahagian Segambut akan mengadakan Program Poco-Poco bertempat di Padang Flat Taman Sejahtera, pada 4hb Januari 2009. Program ini adalah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Segambut. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 11.00 pagi. Sehubungan dengan itu, semua Ketua-ketua Puteri Cawangan diminta untuk memberi nama sekurang-kurangnya 5 orang peserta dari cawangan masing-masing kepada Pen. Setiausaha Puteri UMNO Bahagian selewat-lewatnya pada 1hb Januari 2009.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang telah di aturkan.

Sekian. Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, December 26, 2008

Walimatul Urus


Selamat Pengantin Baru buat Cik Nasmawaty Abd Kadir (Puteri UMNO Cawangan Rumah Pangsa Taman Sejahtera) bersama Pasangannya pada 27hb Disember 2008 bertempat di Taman Sejahtera Segambut. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Semua AJK Puteri UMNO Bahagian Segambut di jemput hadir bagi sama-sama meraikan kedua mempelai.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, December 19, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut mendoakan semoga Saudara Shadel Ziman, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Segambut cepat sembuh dari penyakit kronik yang dialami oleh beliau. Buat masa ini Saudara Shadel di tempatkan di WAD 414, TINGKAT 4, Hospital Ampang Putri.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatannya.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, November 10, 2008

NOTIS MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUTERI BAHAGIAN SEGAMBUT





Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Segambut akan diadakan pada 11hb November 2008 bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Segambut pada jam 9.00 malam.

Kehadiran semua AJK yang baru dilantik adalah diwajibkan bagi memastikan Puteri UMNO Bahagian Segambut terus aktif.

Sekian. Terima kasih.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, October 16, 2008

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Segambut

Salam kepada semua pengunjung blog.

Puteri Bahagian Segambut sedang sibuk dengan persiapan mesyuarat perwakilan. Alhamdullilah tahun ini tiada pertandingan cuma G2 sahaja yang ada pertandingan dimana menyaksikan 4 calon akan bertanding. Calon-calon G2 adalah MAZNI SURIYA MOHAMAD (Ketua Puteri Cawangan Kg Sungai Udang), SITI AISYAH CHE PI (Ketua Puteri Cawangan Sri Segambut), NOORHASLIZA MOHAMAD ALI (Ketua Puteri Cawangan Sri Angsana) dan NASHUA FAUZUN (Ketua Puteri Damansara Heights).


Kepada semua perwakilan diucapkan SELAMAT BERSIDANG.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN