Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, April 9, 2009

TAHNIAH YB ROSNAH


Sekalung tahniah buat YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di atas lantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Kesihatan seperti yang diumumkan oleh Perdama Menteri Malaysia yang Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut berdiri teguh dibelakang YB Rosnah dan bersedia untuk bekerja bersama-sama dengan YB demi memantapkan lagi Puteri UMNO.


HIDUP YB ROSNAH! HIDUP PUTERI UMNO!

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, April 1, 2009

PUTERI TAK BERUNDUR TEMUI PENGUNDI DI KAWASAN PANAS : ROSNAH

TAIPING: Puteri Umno tetap meneruskan kempen rumah ke rumah setiap kali pilihan raya meskipun berdepan halangan dan provokasi daripada pihak pembangkang terutama di 'kawasan panas'. Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata pendekatan bersemuka itu sudah menjadi identiti Puteri yang diterima baik pengundi, terutama golongan muda. "Saya akui walaupun kadang kala kita hadapi rintangan dengan tindakan pembangkang yang buat Puteri rasa soal keselamatan mereka terjejas.

"Namun, selagi kami percaya kami di pihak benar, kami tetap sealiran dengan kerajaan, pendekatan bersemuka ini tetap efektif dan diteruskan," katanya dalam temubual eksklusif dengan Berita Harian Online di Pusat Operasi NSTP di Hotel Lagend Inn, di sini, pagi tadi, Beliau berkata, setakat ini, belum ada insiden dalam tiga pilihan raya kecil serentak membabitkan Puteri dicabar atau dilarang memasuki kawasan perkampungan dan perumahan untuk menemui pengundi. Mengenai gerakan kerja Puteri di ketiga-tiga pilihan raya kecil, beliau berkata ia sedang dipertingkatkan dengan memastikan kehadiran anggotanya di setiap peti undi, khususnya di kawasan panas.

"Bagi kawasan panas, sudah tentu diberi lebih tumpuan dan kita menggunakan pendekatan berbeza mengikut corak pengundi dan isu yang berkaitan di satu-satu tempat," katanya. Beliau juga menolak tanggapan serong pembangkang bahawa sayap itu hanya dieksploitasi Umno dalam kempennya pada setiap pilihan raya. "Ingin saya tegaskan Puteri masih berperanan untuk membantu jentera BN secara keseluruhan. Walaupun tugas kami lebih kepada teknologi maklumat (IT) iaitu semakan pemilih, tanggungjawab kita ialah untuk pastikan calon BN diterima di kalangan pengundi. "Apa juga bentuk provokasi pembangkang, kehadiran kami tetap kekal dan diterima pengundi," katanya.
Puteri Segambut : Chaiyok! Chaiyok! Kak Ros. Teruskan usahamu itu cuma kami harap Puteri kali ini tak syok sendiri dengan program-program yang tidak sampai kepada golongan sasaran. Biarlah program-program yang dirangka mampu menarik penglibatan semua pihak terutama golongan pengundi dan bukannya hanya jentera sahaja.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN