Kerusi
Parlimen Segambut dijangka antara kerusi panas yang menjadi rebutan di Kuala
Lumpur memandangkan ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Kerusi ini akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) selepas calonnya dari
DAP, Lim Lip Eng menang buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12)
lalu.
Kemenangan
Lip Eng yang juga pertama kali bertanding mencuba nasib di kawasan parlimen itu
sungguh mengejutkan dan mungkin dibantu oleh faktor ‘tsunami politik’ melanda
ketika itu. Beliau menang dengan majoriti besar undi sebanyak 7,732
di kawasan majoriti pengundinya Cina di mana lawannya ketika itu adalah Ma Woei
Chyi daripada BN. Pada PRU13 akan datang, Lip Eng dijangka diletakkan sekali
lagi sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya itu.
Lawan
yang menantinya berkemungkinan adalah Pengerusi Penyelaras BN Segambut,
Jayanthi Devi Balaguru daripada Gerakan.Jayanthi bukan calang-calang calon
kerana beliau juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta
Ketua Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Atas faktor itu juga kemungkinan
beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga
merupakan Pengerusi BN. Walaupun pada asalnya Jayanthi adalah dari Cheras
tetapi pasti ada kekuatan yang menyebabkan beliau kemungkinan dipilih sebagai
calon BN di Segambut.
Tambah
menarik lagi, Jayanthi dan Lip Eng merupakan peguam maka saingan antara
kedua-duanya pasti sengit memandangkan mempunyai pengetahuan luas berkaitan
undang-undang lebih-lebih lagi ketika mahu membantu masyarakat.
Masyarakat
di Parlimen Segambut pula rata-rata terdiri daripada golongan profesional yang
intelektual dan bijak menilai parti yang mana lebih banyak mengambil tahu
masalah di parlimen tersebut dan bersedia menyelesaikan masalah penduduk.
Lim
Lip Eng sepanjang penggal perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen
Segambut dilihat tidak membawa apa-apa perubahan di Segambut malahan kelibat
beliau hanya nampak aktif turun padang bertemu masyarakat kebelakangan ini
sahaja. Beliau lebih banyak dilihat terlibat dengan isu-isu nasional seperti
LYNAS dan Himpunan Hijau sedangkan Barisan Nasional di bawah Jayanthi dilihat
telah menyusun gerak kerja membantu masyarakat sejak empat tahun lalu bagi
memastikan BN kembali menawan Segambut.
Tidak
mustahil bagi Jayanthi yang dikenali sebagai “The Black Kuan Yin” untuk
mengembalikan Parlimen Segambut ke tangan Barisan Nasional memandangkan sebelum
ini parlimen tersebut adalah antara kubu kuat BN dan kemenangan Lim Lip Eng
pada tahun 2008 adalah lebih kepada faktor bantuan “tsunami politik Malaysia”
sahaja.
Walaupun,
Jayanthi berbangsa India diletakkan di kawasan majoriti penduduk Cina tetapi ia
tidak dilihat sebagai halangan atau kelebihan buat parti lawan. Malah beliau
dilantik sebagai penasihat kepada enam tokong di parlimen tersebut menunjukkan
kewibawaannya membantu masyarakat berbilang kaum dan agama.
Apa pun, siapa sahaja yang diletakkan oleh BN untuk merebut kerusi tersebut daripada DAP pastinya akan memberikan tentangan sengit kerana DAP pula pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka di kawasan parlimen itu dan tidak mahu membenarkan BN kembali merebut kerusi itu.
Apa pun, siapa sahaja yang diletakkan oleh BN untuk merebut kerusi tersebut daripada DAP pastinya akan memberikan tentangan sengit kerana DAP pula pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka di kawasan parlimen itu dan tidak mahu membenarkan BN kembali merebut kerusi itu.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.