Penjawat
awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah
kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan
pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen
dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri
Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan
insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara
ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.
Tindakan
pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya
diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat
menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul
dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan
itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku
kesusahan.
Pemimpin-pemimpin
mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai
"pemalas" "lembab" dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah
mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil
mereka sebagai ‘Polis Hutan’.
Katanya,
Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah
tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali.
Selain ‘Polis Hutan’, Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan
Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.
Menurut
Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’.Justeru, katanya, SB harus
dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan,
sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan
Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang
diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh
Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.
Pecahan
Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor;
Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan
(100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor +
Jururawat)
Dengan
jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara
yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus.
Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan
setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.
Malah,
janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan,
adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera
maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa
majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?
Sementara
diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam
manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata
penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.
Latheefa
Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati
kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu
manusia, bukannya haiwan!
Sudah
jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada
manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak
tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada
menjaga hati dan kebajikan mereka.
Sekiranya
berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita
boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa
ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita
terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk
berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan
dilakukan PR sekiranya memerintah.
Baca lagi di SINI
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.