Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah.
Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin
terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.
Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan
Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah
dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.
Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas
Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut
menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling
dan beberapa tempat lain.
Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan
kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi
terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.
Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara
Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam
sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan
oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah
begitu).
Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama
kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup,
tetap akan berbau akhirnya.
Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas
PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas
Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan
bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.
Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua
warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam
sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).
Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga
naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis
diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli
Pas yang memberontak.
Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan
sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan
bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang
lebih banyak dikawasan lain.
Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas
hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum
DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini
tanpa Azizan undur dari jadi MB.
Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak
pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas
untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang
akan terjadi selepas ini.
ikuti cerita selanjutnya di SINI
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.