Jelajah Anak Malaysia adalah program sinambungan daripada program Jelajah Aman Kampus Fasa 1-4. Program Jelajah Anak Malaysia membawakan tema Transformasi Rakyat sesuai dengan visi program ini untuk merealisasikan program transformasi rakyat selain itu ia juga bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.
Program ini akan melalui tiga peringkat iaitu 30 Januari hingga 16
Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac (Sarawak)
manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.
Jelajah ini antara lain adalah untuk menyelaras usahasama mahasiswa,
NGO, dan agensi kerajaan supaya memudahkan sistem penyampaian maklumat
kepada kerajaan dan ianya juga disertai oleh golongan mahasiswa, NGO
dan mensasarkan 4 kumpulan sasaran iaitu golongan belia, mahasiswa, NGO
tempatan dan masyarakat Malaysia umumnya.
Bagi maklumat lanjut dan juga aktivit-aktiviti sekitar program Jelajah Anak Malaysia (JAM) pembaca bolehlah mengunjungi laman web www.jelajahanakmalaysia.com atau laman facebook http://www.facebook.com/ JelajahAnakMalaysia atau ikuti twitter @JTransformasi.
SP: Dekati anak muda dengan berhemah bukan ajak berkhemah di dataran. Ajak Jelajah untuk buat kerja-kerja sosial bukan jelajah jaja fitnah.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.