Orang ramai sudah mula menyerbu kaunter pendaftaran BL1M yang dibuka di tapak Karnival Himpunan Anak Muda Kedah Bersama PM walaupun Perdana Menteri hanya akan datang merasmikan karnival tersebut pada sebelah petang ini.
Keadaan ini membuktikan Anak Muda Kedah bersama-sama kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang berlansungnya karnival tersebut di antaranya Kaunter BN Youth Job Fair, pameran agensi-agensi kerajaan, sukaneka, Bicara Cinta bersama Ana Rafali, Ustaz Ashraf dan Ustazah Nazirah dan macam-macam lagi.
Karnival ini bermula dari 30hb Januari sehingga 2hb Februari 2013 bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim Suka Menanti, Alor Setar, Kedah. Perasmian akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jam 3.00 petang hari ini.
SP: Jom pakat2 turun Aloq Setaq. Kita sambut PM ramai-ramai.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.