Monday, January 28, 2013

Ustz Nasha Dipecat dari Majlis Syura #TolakPR @umbkl @Segambut13

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa digugurkan oleh Majlis Syura PAS dan perkara ini disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Nik Zawawi berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ya," kata Nik Zawawi yang dipetik dari laporan Sinar Harian hari ini.

Nasharuddin (gambar) baru-baru ini mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan bersejarah ke Gaza, Palestin dan disambut oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dari Hamas.

Nik Zawawi juga dalam laporan itu memetik ia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan lawatan Nasharuddin bersama Najib ke Gaza bagi tujuan kemanusiaan, sebaliknya Setiausaha Majlis Syura itu berkata ia adalah tindakan peribadi Nasharuddin.

"Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."

Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak menghubungi Nasharuddin, yang merupakan ahli parlimen Bachok.
 
 
Baca selanjutnya di KL CHRONICLE
 
 
 
 
SP: Difahamkan Ustaz Nasha masih belum menerima sebarang surat rasmi berkenaan pemecatan tersebut daripada pihak parti (PAS) dan beliau hanya mengetahuinya daripada media dan bukan daripada saluran rasmi parti. Walaubagaimanapun, beliau akan tetap dengan perjuangan beliau untuk mendaulatkan agama islam samaada beliau berjawatan ataupun tidak. 

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.