Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik
Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip
mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai
sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang
menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam
yang dilindungi Institusi Raja-raja.
Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP
dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman
sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang
senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang
berkaitan dengan Melayu. Antaranya,
bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai
pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.
Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku
menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu
menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima
anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira
melanggar prinsip parti. Alasan
kononnya atas faktor ketelusan. Namun,
tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip
itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.
Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain
Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri
Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi
Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang
Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang
berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada
baginda adalah perlakuan biadap.
Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi
Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin
memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan
yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.
Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis
sebagai rasis dan paranoid. Namun,
tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat
ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda
menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi
PRU.
Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung
kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR
berkuasa. Malah, hari ini juga kita
melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara
terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat
Malaysia demi memenangi pilihanraya.
Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah
bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat
diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.
Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang
berslogankan Malaysian Malaysia.
Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal
subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin
DAP.
Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita
bertindak membela atau bersahabat dengannya.
Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai
memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang
pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.
Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa
itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan
kepada negara. Sebelum memahami semua
ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.
Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu
rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka
apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.