Datuk Seri Shahrizat Jalil seharusnya kena senyum sampai ke telinga kerana nampaknya aura "SEMUT MERAH" Wanita UMNO digeruni pihak2 tertentu. Ini buktinya apabila van Skuad Sayang milik Pergerakan Wanita UMNO Bandar Tun Razak menjadi mangsa sikap tak bertanggungjawab apabila van tersebut diconteng dengan cat merah.
Ketua Sayap Wanita UMNO, Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu
dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya yang secara kebetulan
melalui kawasan kejadian iaitu di hadapan Ibu Pejabat UMNO Bandar Tun
Razak.
"Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini.
"Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama
sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya
kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini.
Perfgerakan Wanita UMNO melalui Skuad sayang telah banyak mengadakan aktiviti2 kemasyarakatan dan mendekati pengundi di kawasan-kawasan Parlimen seluruh Malaysia bagi pihak Barisan Nasional maka tidak hairanlah jika terdapat pihak-pihak yang rasa tergugat dengan kewujudan skuad ini lalu mendorong mereka untuk melakukan perbuatan vandalism seperti ini.
SP: Jangan ingat BN/UMNO akan takut dengan tindakan ala2 Ah Long ni. Lepas ni lagi banyak program2 akan menyusul untuk membantu rakyat.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.