Melalui mesyuarat-mesyuarat cawangan Pemuda UMNO di seluruh Wilayah Persekutuan, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menerima dan mengangkat usul mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini untuk dibawa ke peringkat seterusnya.
Alhamdulillah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan hari ini, ianya umpama menjadi satu detik manis dan terindah dalam perjuangan seluruh ahli PPUWP.
Mewakili PPUWP saya mengucapkan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat yang mengusulkan cadangan ini di peringkat cawangan.
Mungkin kewujudan MRSM ini bukan untuk kita (Pemuda) tetapi ianya mungkin untuk kegunaan anak-anak, saudara mara dan barangkali untuk adik-adik kita suatu hari nanti.
Inilah perjuangan yang boleh dibanggakan oleh sekalian ahli-ahli Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan demi kepentingan anak bangsa. Maka diharapkan semangat perjuangan ini terus dikekalkan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk masa depan generasi akan datang.
Mewakili PPUWP, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabry kerana meluluskan permohonan kami dan mendengar suara hati anak-anak Wilayah Persekutuan.
MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
6 September 2015
SP: Tahniah Pemuda UMNO WP. 1 lagi usaha yang murni demi masa depan anak anak bangsa.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.