Pembangkang Semakin Ketakutan Menjelang Tarikh 16 September 2015
Pembangkang semakin hari semakin kian dihimpit ketakutan apabila orang-orang Melayu semakin berani bersuara mempertahankan hak di bumi bertuah ini.
Hari ini apabila kita bercakap mengenai hak Melayu, kita akan dituduh sebagai perkauman dan menghasut. Jika orang Cina DAP bercakap mengenai isu yang serupa, mereka seolah-olah kebal dan terhindar daripada undang-undang.
Saya telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan berhubung laporan Polis yang dibuat terhadap saya.
Lebih 6 laporan Polis dibuat terhadap saya berdasarkan berita yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini & Malaysia Gazette berkaitan himpunan 16 September ini.
Pihak PDRM menegaskan akan menyiasat saya dibawah akta hasutan kerana dikatakan menghasut orang-orang Melayu untuk turun beramai-ramai pada 16 September ini.
Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bukan penganjur ataupun jawatankuasa dan saya tidak tahu siapa dan apa yang ingin direncanakan pada himpunan 16 September 2015
Apa yang saya tahu adalah maklumat himpunan ini disebarkan melalui aplikasi WhatsApp & Facebook.
Namun ingin saya maklumkan kepada semua bahawa saya bersama rakan-rakan akan turut serta pada himpunan 16 September ini bagi menunjukkan kesetiaan kita sebagai rakyat tetap dan masih terus utuh bersama kerajaan.
Saya percaya demokrasi perlu didokong dengan sepenuhnya. Jika BERSIH memilih untuk turun ke jalanan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tetapi kita juga akan turun ke jalanan bagi menunjukkan rakyat masih sokong kerajaan.
Untuk perhatian penganjur Bersih 4.0, saya orang Melayu dan sebagai rakyat Malaysia telah beri kerjasama penuh kepada pihak PDRM. Mengapa anda masih belum berbuat demikian?
Ini tanah tumpahnya darahku !!
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
9 September 2015
SP: Jangan lupa saksikan rancangan SOAL JAWAB malam ini di TV3 bersama Ketua Pemuda Wilayah mengupas isu Bersih 4.0.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.