Filem
sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP
menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.
Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan
warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969
yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada
keadaan darurat.
Hakikat
inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.
Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk
mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.
Malangnya,
sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir
dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13
Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.
Roh
DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi
Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah
menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus
dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.
Oleh
itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan
pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat
kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan
sebagai filem cereka.
Soalnya,
siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?
Sepatutnya
Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah
negara ini. Biar betapa pahitpun
kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku
sebagai warganegara. Menerima kebenaran
merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan
tidak ingin berubah dan masih membawa
roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.
DAP
tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam
tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka
adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan
kaum. Malah, sifat perkauman dan
perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan
boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.
Dengan
sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP
untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.
Hujah
Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu
mencetuskan ketegangan kaum.
Kita
tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu
mencetuskan ketegangan kaum?
Apakah
Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas
dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang
menyebabkan kaum Red Indian memberontak?
Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana
takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?
Sebenarnya
kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu
masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga
ke hari ini.
Oleh
itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton
filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga
keharmonian. Perbuatan menghasut dan
menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu
diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.
Sesungguhnya,
keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada
sesiapa. Sudah sampai masanya kaum Cina
bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima
hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka
seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan
bukannya menafikan kesilapan. Sebagai
permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.