"Sekiranya tiada calon yang mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sendiri menawarkan diri untuk bertanding" - Mohd Razlan Muhamad Rafii
Demikian ulasan Ketua Pemuda UMNO Seputeh semasa diminta untuk memberi ulasan spekulasi beliau akan bertanding exco Pemuda UMNO Malaysia.
Jelas beliau, hasrat untuk menggalas kerusi Ketua Pemuda UMNO disebabkan
atas rasa tanggungjawab terhadap kepentingan Islam dan bangsa Melayu di
negara ini.
Mohd Razlan berkata, jika tiada calon yang bertanding kerusi Ketua
Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang dan YB Khairy Jamaluddin
tidak mahu mempertahankan posisi sekarang, beliau bersedia untuk
menggalas tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara tercinta.
Ditanya adakah beliau akan tetap bertanding jika YB Khairy mempertahankan posisi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau menjelaskan tidak akan bertanding kerana beliau masih lagi yakin dan percaya dengan kepimpinan YB Khairy Jamaluddin serta meletakkan harapan yang tinggi transformasi Pemuda akan lebih jitu selepas pemilihan akan datang.

Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Seputeh di
Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Taman Desa. Turut hadir YBhg Ketua
Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan dan Ketua Bahagian UMNO Seputeh &
Yayasan Seputeh, Datuk Mustapa Kamal.
sumber: REZQEEN HILL
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.