Perdana
Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan
dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan
untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan
keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga
Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.
Antara
perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:
3.
(1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan
(a)
bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan
tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b)
bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang
diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan
apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang
di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;
(c)
bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan
tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;
(d)
bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat
Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
(e)
bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan
penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Pemansuhan
ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai
menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.
Akibatnya,
ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap
desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk ‘mengenakan’
kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.
Kritikan
dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN
yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh
kaum Cina termasuk dari MCA.
Walaubagaimanapun,
di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian
dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi. Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional
diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.
Keputusan
ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam
satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.
Melalui
akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang
berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:
a) Mendatangkan kebencian dan penghinaan
atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau
mana-mana Raja;
b) Mengembangkan perasaan niat jahat dan
permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan
c) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan
istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau
dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181
Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan
Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk
meneliti perkara ini.
Pada
dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk
rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia
tidak membawa niat jahat dan menghasut.
Justeru,
dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya
ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk
rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.
dgn najib aku dah x caya satu benda yg dia propose dah...who knows esok lusa dia kata nak hapus perlembagaan la pulak.
ReplyDelete