Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin
hari dilihat semakin menarik. Kalau diikutkan sistem demokrasi, Pas adalah yang
paling layak untuk menjadi MB. Ini kerana mereka memperolehi jumlah kerusi yang
sama banyak dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR yang hanya mampu
memperolehi 14 kerusi. Namun, pakatan nampaknya lebih senang untuk melantik
calon MB daripada kalangan PKR berbanding Pas.
Dan sudah semestinya Azmin Ali selaku Timbalan
Presiden sudah megah diri dan mahukan jawatan tersebut bagi menggantikan Khalid
Ibrahim yang sudah memerintah Selangor sepenggal. Namun, apa yang menariknya
Azmin Ali telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan
meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.
Krisis di Selangor kali ini kelihatan agak serius
kerana DAP hanya mahukan PKR yang memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri
Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB,
manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon dari Pas.
Memang terang-teranganlah Istana sudah tidak mahu
calon PKR jadi MB, masa Khalid jadi MB dulu sudah berapa kali Sultan Selangor
murka dengan kerajaan Selangor. Mereka sesuka hati menggunakan nama Sultan dan
tidak menghormati kedudukan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di dalam
negeri.
Berdasarkan krisis MB di Selangor ini, Anwar
sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya
menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.
Anwar dilihat lebih sibuk untuk menanamkan
benih-benih kebencian rakyat kepada BN dengan menuduh kerajaan sekarang dengan
pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat mana yang mudah tertipu hanya
menjadi burung kakak tua, mengangguk diamkan diri untuk terus ditipu dan ditipu
oleh Anwar Ibrahim.
Manakala krisis MB Selangor ini masih mengundang
kemarahan Azmin, beliau dilihat semalam 'meroyan' dengan Anwar yang tidak
sudah-sudah menyalahkan orang lain. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah
dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.
Nampaknya, satu persatu pemimpin terdekat Anwar
sudah semakin muak dan bosan dengan permainan Anwar ini. Sudah tak larat nak
bermain dengan percaturan yang tidak pernah menjadi.
Sudahlah ditipu semua orang kata nak berhenti jika
gagal dalam PRU13, tau-tau sambung buat perhimpunan pula. Masalah yang lebih
besar tidak diselesaikan. MB perlu dilantik segera bagi dapat menjalankan urusan
pentadbiran negeri secepatnya.
Tak lama lagi nampaknya, Azmin akan naik darah
berpencak silat dengan Anwar umpama Tuah dan Jebat.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.