Thursday, May 9, 2013

Anwar Seret Rakyat Ke Jalan demi Kepuasan Nafsu Sendiri? #GE13 #PRU13 #BetterNation #TolakPR



Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya malam tadi SP sifatkan adalah lebih kepada  perjuangan peribadi Anwar Ibrahim di dalam misi beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7. 

Walaupun PR dikatakan tidak menerima keputusan PRU13 dan menuduh BN telah menggunakan taktik kotor untuk memenangi PRu tersebut tetapi dalam masa yang sama Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan telahpun mengangkat sumpah untuk jawatan masing-masing.adakah itu juga petanda bahawa mereka tidak bersetuju? Andainya tidak bersetuju kenapa perlu mengangkat sumpah? Adakah kemengan PR di 3 negeri juga adalah satu penipuan dan konspirasi?

Korang fikir2lah sendiri. Penyokong PR semuanya kan bijak pandai. Boleh berfikir baik dan buruk. Gunakan akal yang ada sebaik2nya. Kaji dan selidik setiap perkara sebelum menyokong membabi buta.




No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.