Petikan Sin Chew Daily (21/3/2013)
Apabila saat-saat Anwar Ibrahim
umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan
Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali
ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri
tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang
sepenuhnya.
Tetapi cuba kita senyap seketika dan
halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam
politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan,
dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang
telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau
telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di
DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau
Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan,
beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas
di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405
undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau
dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di
mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini
menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu
ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.
Selama 18 tahun ini, Gelang Patah
hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan
mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam
media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai
kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA
tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA
buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang
keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu.
Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang
Patah.
Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja
bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim
Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP
pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan
yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk
melangkah ke Putrajaya.
Langkah caturan bahaya yang dilakukan
oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara
jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.
PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang
dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin)
dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi
setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di
kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau
tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan
beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya,
walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana
isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh
calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.
Contoh-contoh seperti di atas,
strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun
strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan
berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN
masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan
terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal
lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya
memperkecil-kecilkan musuh!
Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah
22 Mar 2013
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.