Puan @nicolewong89 memberi ucapan
|
Tahniah
diucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Parlimen P122 Seputeh
yang telah berjaya mengumpul hampir 2000 orang pengundi di
parlimen Seputeh di dalam program PERHIMPUNAN PENGUNDI - PENGUNDI MASYARAKAT CINA YANG KEMBALI MENYOKONG BARISAN NASIONAL UNTUK PRU - 13.
Masyarakat Cina sokong kepimpinan PM @NajibRazak
|
Program
ini telah dihadiri oleh orang - orang kuat Barisan Nasional Seputeh
terutamanya Puan Nicole Wong Siaw Ting (MCA), Datuk Mustapa Kamal (UMNO)
dan Sdr Razlan Rafii (UMNO). Antara pengisian program ini adalah ucapan
dari Puan Nicole Wong, yang insyallah akan menjadi calon MCA bagi
menentang #MPMalas Teresa Kok.
Para hadirin yang hadir
|
Antara
initipati ucapan Puan Nicole Wong adalah beliau berjanji akan berusaha
bersungguh - sungguh untuk pertama sekali mendengar masalah pengundi.
Bagi saya ini adalah penting kerana kita tidak mahu ahli parlimen yang
"take for granted" keperluan penduduk setempat. No 1 constituency is the
same, therefore kita perlukan YB yang boleh #listen #listen #listen
Barisan kepimpinan BN Seputeh
|
Kedua, Puan Nicole Wong berjanji akan "Take Action" . Ini juga bagi saya satu perkara yang positive kerana kalau Puan Nicole hanya mahu #listen #listen #listen tapi No action buat apa betul x?
Ketiga,
Puan Nicole juga berjanji akan memastikan pegawai - pegawai beliau
memainkan peranan yang penting dalam semua Peti Daerah Mengundi (PDM)
selepas PRU - 13. Ini adalah benda paling penting pada pendapat saya
kerana Ahli Parlimen sekarang pernah marah kepada saya yang beliau tidak
diberitahu masalah di Seputeh oleh itu macam mana beliau hendak
tolong.
Ribuan orang hadir di program ini (dalam dan luar dewan)
|
Ini
menunjukkan pegawai - pegawai Teresa Kok tidak melakukan kerja mereka
dengan baik dan dari mengakui kesalahan mereka, mereka salahkan pengundi
pula. Oleh itu saya menyambut baik janji Puan Nicole Wong untuk
memastikan pegawai - pegawai beliau akan memainkan peranan yang lebih
effective di Seputeh jika beliau menang PRU akan datang.
Kesimpulannya,
saya berharap pengundi Cina dan bangsa - bangsa lain di Seputeh dapat
memberi Puan Nicole Wong peluang untuk menjadi ahli parlimen anda.
Insyallah jika beliau dipilih, together bersama kekuatan BN di peringkat
Federal (Pusat) banyak lagi kebaikan dan kemajuan yang dapat kita
nikmati di Seputeh.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.