Semalam
Pemuda UMNO Putrajaya bersama Ketua Pemuda Datuk Ahmad Zaki telah
mengedar beberapa risalah bagi menangkis pelbagai fitnah yang selama ini
dilemparkan oleh PR (Pakatan Rosak) terhadap kerajaan.
Bertempat
di kawasan Apartment Precint 5, boleh dikatakan hampir 800 buah pintu
rumah telah berjaya diedarkan oleh mereka dan difahamkan selepas ini
target yang lebih besar serta gerakan yang lebih agresif akan
dilaksanakan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dalam mempastikan Putrajaya ini
terus kekal di tangan Barisan Nasional (BN).
Informasi-informasi
seperti ini amatlah berguna untuk rakyat khususnya dalam menangani
fitnah atau apa saja kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh PR terhadap
kepimpinan kerajaan.
Pemuda
UMNO Putrajaya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM kerana
mengekalkan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ahli
Parlimen Putrajaya pada PRU13 akan datang.
Ayuh semua penyokong BN, peperangan semakin hampir. Tingkatkan usaha serta kuatkan kubu
kita. Kita tolak PR ini dari terus bertapak di Putrajaya.
1Malaysia......Hidup BN!
Sumber: PEMUDA UMNO PUTRAJAYA
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.