Pihak-pihak
berkuasa di Kelantan yang ditadbir oleh PAS telah mengakui bahawa walaupun
telah memegang tampuk pentadbiran negeri Kelantan selama 22 tahun, mereka masih
perlukan lebih banyak masa untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat
kepada rakyat sebelum PRU12 yang lepas.
Datuk
Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan
dan Dakwah Negeri Kelantan mendakwa bahawa manifesto bukanlah sesuatu yang
boleh dilaksanakan dalam tempoh satu penggal.
“Dalam
sesebuah manifesto, ada perkara yang boleh dilaksanakan dengan cepat, dan ada
pula yang akan mengambil masa yang lama,” ujar beliau.
“Atas
sebab inilah kami meminta pengundi-pengundi memberikan kami peluang melanjutkan
pentadbiran kami memandangkan ada janji-janji kami yang perlukan masa yang
panjang untuk ditunaikan.”
Pentadbiran
PAS di Kelantan sejak tahun 1990 telah dikecam hebat kebelakangan ini kerana
pembangunan Kelantan yang perlahan jika dibandingkan negeri-negeri lain, dalam
kedua-dua aspek ekonomi dan juga sosial.
Menyentuh
tentang manifesto PAS untuk pilihanraya umum yang akan datang, Amar mendakwa
mereka akan tunggu dan lihat apa yang ditawarkan oleh Barisan Nasional sebelum
mengeluarkan manifesto mereka.
Sementara
itu pula, BN kini sedang menunjukkan keyakinan baru di Kelantan. Pada bulan lepas,
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya
untuk Barisan Nasional merampas semula Kelantan agar negeri itu tidak
ketinggalan dalam program transformasi yang sedang dikecapi di seluruh negara.
“Sekiranya anda
ingin keluar dari kegelapan ini, eloklah berikan peluang kepada BN. Sekiranya
anda rasakan BN gagal, tukar semula selepas lima tahun, kuasa terletak pada
tangan rakyat,” kata Muhyuddin.
“Berilah
peluang kepada Perdana Menteri yang memohon mandat baru, dan nilaikan cara-cara
kami, sudah pasti akan ada perubahan dalam masa lima tahun. Sekiranya tiada
perubahan, anda ada hak untuk menukarkan kami. Kami mahu buktikan apa yang kami
mampu lakukan untuk rakyat.”
Pengundi-pengundi
di Kelantan semakin bertambah bosan dengan pentadbiran PAS yang lama dan tidak
efektif serta wujud juga kebimbangan dalam kalangan orang bukan Islam tentang
agenda agama yang semakin menyelinap masuk ke dalam pentadbiran negeri – ini
berkemungkinan akan mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat.
Diterjemahkan
dari The Choice.
SP: Masa 22 tahun tak cukup lagi ke untuk menunaikan janji-janji sebelum PRU12 yang lepas? Nak masa berapa lama lagi? Janji yang lama belum tertunai dah buat janji yang baru lagi. Dah sampai masa untuk berubah. TUKAR Kelantan!!!!!
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.