Berdasarkan sambutan yang dilihat sewaktu program Himpunan Rakyat 1Malaysia dan Gelombang Biru WP SP yakin pembangkang di WP perlu rasa gusar kerana kehadiran hampir 50,000 ribu penyokong Barisan Nasional ke program tersebut selah-olah memberi isyarat bahawa BN telah bersedia menawan semula WP daripada pembangkang.
Tan Sri Muhyiddin juga mengingatkan warga WP agar tidak terpedaya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang melalui manifesto mereka yang diumumkna baru-baru ini. Menurut beliau lagi banyak lagi janji-janji manifesto 2008 pembangkang yang masih belum ditunaikan seperti bantuan kepada ibu tunggal dan bantuan air percuma. "Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa
Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang
dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada
rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah," katanya.
Sementara itu, beliau menyeru jentera BN di Wilayah Persekutuan agar
mempertingkat usaha untuk merampas semula kawasan di Parlimen itu yang
'terlepas' ke tangan pembangkang pada 2008. "Kita nak tebus kekalahan,
kembalikan kepada BN. Ini bukan mustahil. Saya percaya semangat terus
membara. Jangan berhenti berusaha, jangan tidur, jangan buat masalah
baharu. Sokong calon 100 peratus, insya-Allah akan menang besar,"
katanya.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada pasukan keselamatan negara yang berjuang
mempertahan Lahad Datu menerusi Operasi Daulat yang dilancar pada 5 Mac
lepas.
Beliau turut membidas pihak yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berhubung insiden pencerobohan kumpulan militan bersenjata itu sebagai tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan.
SP: Undilah #BN untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.