Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan
anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16
pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih
tebal dengan sikap perkauman.
Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8
orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya
menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.
Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja
yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula
adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina
termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.
Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih
itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering
mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta
komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.
Menyedari impak negatif dari senario itu disamping
kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang
pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama
Zairil Khir Johari.
Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej
rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia
dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos
dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.
Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP
mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan
pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum
terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.
Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan
berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20
bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi
pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.
Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses
pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam
tikus baiki labu jadinya.
Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa
negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan
kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya
dalam PR diberi peluang memerintah.
Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses
pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan
pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh
penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.
Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak
tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu
dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya.
Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu
darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin
Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung
UMNO, Mohammad Khir Johari.
Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu
taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan
populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk
menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.
Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata,
tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP
kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk
menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah
tuju parti.
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.