Peluang untuk mendaftar dengan skim Bantuan Lesen 1Malaysia masih terbuka. Rebutlah peluang yang diberi. Kalau ada yang masih tak tahu apa itu BL1M boleh dapatkan info di SINI.
OBJEKTIF BL1M
- Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
- Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
- Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
- Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
- Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Bagi pendaftaran secara online boleh dilakukan di website www.bl1m.my
No comments:
Post a Comment
Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.