Friday, December 14, 2012

[Video] Pembangunan Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi & Pembohongan Pembangkang #BN4WP #TolakPR @umbkl

Korang kalau rasa malas nak baca artikel panjang-panjang pasal kes Flat 4 tingkat Kg Kerinchi tue bolehlah tonton video kat bawah ni. Simple je kot. Budak sekolah rendah pun boleh faham.


Manalah perginya dalang yang menghasut penduduk supaya tolak projek pembangunan ni ye? Senyap je atau mungkin sedang sibuk dengan kes saman beliau terhadap Utusan Malaysia kot.

Memetik sebahagian artikel dari blog REZQEENHILL (anda boleh baca selanjutnya di blog tersebut)

Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi.

Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?
Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!
 

Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!

Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato’ Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!

93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.
 
 
 
SP: Bersyukur dengan apa yang telah diberi..............

No comments:

Post a Comment

Jomlah Komen tapi kami tak bertanggungjawab di atas komen2 anda. Sendiri komen sendiri tanggung ye.